Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Peruntukan itu akan membantu kerajaan negeri menaik taraf destinasi pelancongan dan membangunkan lokasi berpotensi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi membantu kerajaan negeri menaik taraf destinasi pelancongan sedia ada serta
00:08membangunkan lokasi baru.
00:10Menterinya Datuk Seri Tiong King Singh berkata langkah itu penting kerana terdapat negeri yang mempunyai banyak lokasi berpotensi namun berdepan
00:18kekangan peruntukan.
00:19Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Budaya Malaysia 2016 WOW Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
00:26Festival selama enam hari hingga Rabu itu menampilkan persembahan seni tradisional, pameran budaya serta keunikan warisan dari seluruh negara termasuk
00:34Sabah dan Sarawak.
00:35Pengajuran Festival itu di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh sebelum ini berjaya menarik 772,192 pengunjung serta menjana pulangan
00:45pelaburan RM56.5 juta.
00:47King Singh berkata festival berkenaan turut membuka peluang ekonomi kepada pengusaha makanan, penggiat seni, usahawan kerja dan artisan kraft selain
00:56mempromosikan Malaysia sempena tahun melawat Malaysia 2026-2027.
01:01.
01:01Yang
01:02.
01:04.
01:04.
01:05.
Comments

Recommended