00:00Tiga anggota polis ditahan semalam bagi membantu sasatan berhubung dawaan terbabit kegiatan pemerasan ke atas beberapa lelaki
00:07membabitkan RM13,000 di Pulau Tikus pada 6 Ogos lepas.
00:12Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kuang Kang berkata,
00:16kesemua anggota polis lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu direman 4 hari sehingga 16 September ini
00:23bagi membantu sasatan kes tersebut.
00:25Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Kesesaan iaitu Pemerasan.
00:31Kes itu dipercayai membabitkan pengadu bersama tiga sepupunya yang berkunjung ke jalan Ladang Hongseng, Pulau Tikus
00:38bagi mencari saudara rakannya yang didakwa ditahan polis.
00:41Namun mereka kemudian ditahan tiga anggota polis kira-kira 2.30 pagi.
00:46Mangsa mendakwa tangan mereka digari dan diugut akan dikait dengan kes kecurian kabel Telekom Malaysia TM jika tidak menyerahkan duit.
00:53Mangsa yang ketakutan dipaksa mengeluarkan wang dari mesin juru wang otomatik ATM di jalan Burma
00:59sebelum menyerahkan RM13,000 kepada seorang daripada suspek bagi membebaskan mereka.
Comments