00:00Sebanyak 124 motosikal di Sita, manakala 10 individu ditahan dalam ops motosikal bersepadu bagi membanderas kegiatan samseng jalanan dan lumba
00:10haram di Jalan Pematang Pau, Seberang Jaya, di Bukit Mertajam pada Ahad.
00:15Ibu pejabat polis daerah IPD Seberang Perai, Tengah SPT memaklumkan dalam operasi itu sebanyak 639 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan
00:25selepas menjalankan pemeriksaan terhadap 371 motosikal.
00:31Sebanyak 8 individu ditahan mengikut Seksyen 42-1-A Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala 2 lagi ditahan mengikut Seksyen 15
00:41-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952.
00:45Menurut IPD, SPT kawasan itu dikenal pasti sebagai antara lokasi yang menjadi tumpuan golongan samseng jalanan untuk berkumpul dan melakukan
00:53aktiviti berbahaya terutama pada hujung minggu.
00:55Polis menjelaskan antara kesalahan yang dikesan termasuk menunggang motosikal pada kelajuan tinggi, melawan arus, melakukan aksi wheelie serta menggunakan eksos
01:04yang diubah suai sehingga menghasilkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraan awam.
01:08Menurut IPD, SPT tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan, lumba haram dan
01:16kesalahan lain yang boleh membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya.
01:20Kenyataan itu memaklumkan operasi pengatkuasaan akan terus dipergiatkan secara berterusan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan serta memastikan keselamatan dan ketenteraan
01:30awam sentiasa terpelihara.
01:32Orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga diseru supaya memastikan golongan remaja tidak terlibat dalam kegiatan itu yang boleh mengakibatkan
01:39kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa.
Comments