Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan feri Virgo Transport 8 yang terputus hubungan telah terbalik di Laut Jawa berhampiran Kalimantan Selatan. Feri itu membawa 243 penumpang dan anak kapal ketika kejadian berlaku, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Piyat berkuasa Indonesia mengesahkan feri penumpang Virgo Transport 8 yang dilaporkan terputus hubungan pada ahad telah terbalik di Laut Jawa
00:09berhampiran Kalimantan Selatan.
00:12Menteri Pengangkutan Indonesia Dudi Purwagandi berkata pengesahan itu dibuat selepas helikopter yang terlibat dalam operasi pencarian berjaya mengesan kedudukan feri
00:21berkenaan.
00:21Menurut beliau, kedudukan terakhir feri berkenaan dikesan kira-kira 80 Batu Nautica dari Banjar Masin sebelum hubungan dengan kapal itu
00:30terputus.
00:31Berdasarkan maklumat, diterima daripada helikopter, feri berkenaan telah terbalik dan bukannya karam. Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan bagi mengesan
00:40mangsa yang masih belum ditemukan.
00:42Pasukan penyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Basarnas, Tentera Nasional Indonesia, Polis serta pihak berkuasa maritim.
00:53Bagaimanapun, jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan cedera atau masih hilang belum diumumkan secara rasmi setakat ini.
01:00Punca kejadian juga masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Comments

Recommended