00:00Baik bertemu semula, waris mangsa banjir di Nepal masih berusaha mencari ahli keluarga dan rakan yang belum ditemukan sama ada
00:09masih hidup atau telah meninggal dunia.
00:11Dalam masa sama, proses pengencaman mayat masih diteruskan bagi membantu waris mendapatkan kepastian mengenai nasib orang tersayang.
00:21Ketua Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan Global Peace Mission GPM Malaysia, Nik Muhammad Dik Yusof berkata,
00:27Berdasarkan maklumat di lapangan, waris masih berusaha mengesan ahli keluarga dan rakan yang belum ditemukan.
00:33Beliau ketika dihubungi Israwani pada Ahad berkata antara usaha yang dilakukan adalah dengan menggantung gambar ahli keluarga atau rakan yang
00:40dicari di hospital.
00:41Proses pengencaman mayat juga masih dilakukan termasuk menerusi paparan gambar secara terbuka bagi membolehkan waris membantu mengenalpasti mangsa.
00:49Nik Muhammad turut memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia Smart telah menamatkan tugas dan pulang pada hujung minggu ini.
00:56Nepal sebelum ini dilanda banjir besar yang mengakibatkan kemusnahan di beberapa kawasan selain meragut nyawa dan menyebabkan sejumlah penduduk dilaporkan
01:03hilang.
01:04Bencana itu turut mencetuskan operasi mencari dan menyelamat serta usaha mengenalpasti mangsa ketika waris terus menanti kepastian mengenai nasib ahli
01:11keluarga mereka.
Comments