00:00Sembilan hari terperangkap dalam kegelapan tanpa makanan dan hanya bergantung kepada air yang kotor untuk terus hidup.
00:09Itu yang dilalui mangsa bencana Nepal, Sanjay Shah, 30 tahun, sebelum diselamatkan dari terowong sebuah stesen hydroelectric.
00:18Dalam tempoh itu, ingatan terhadap keluarga menjadi kekuatannya untuk terus bertahan.
00:24Sanjay terperangkap selepas banjir dahsyat melanda stesen hydroelectric apa Trishuli 3A sesulang runtuhan glasir Himalaya.
00:32Ketika air mula memasuki terowong, dia dan seorang rakan berlari dari tingkat 3 ke tingkat 6 untuk menyelamatkan diri.
00:41Namun, arus banjir turut melanda tingkat berkenaan memisahkan Sanjay daripada rakan-rakannya.
01:06Selepas sembilan hari bunyi letupan dan jentera pengorek dari luar terowong akhirnya memberikannya harapan bahawa bantuan semakin hampir.
01:30Sanjay akhirnya diselamatkan pada hari kesembilan dan kini menjalani rawatan di Kathmandu.
01:36Bencana itu setakat ini meragut sekurang-kurangnya 1,300 nyawa manakala lebih 5,300 individu masih hilang di Nepal dan
01:45wilayah Tibet, China.
Comments