00:00Rusia tidak menolak kemungkinan satu lagi pusingan rundingan trilateral melibatkan Moskow, Washington dan Kiev akan berlangsung pada Oktober.
00:09Jurucakak Kremlin Dmitry Peskov berkata, perkara itu kekal dalam pertimbangan Moskow dan ia tidak boleh diketepikan.
00:18Menurut Peskov, isu konflik Ukraine turut dibincangkan semasa sinang kemuncak BRICS di New Delhi, India.
00:23Beliau berkata Presiden Rusia Vladimir Putin telah memberi penerangan ringkas kepada Perdana Menteri India Narendra Modi mengenai perkembangan terkini di
00:32Ukraine.
00:33Peskov berkata Putin turut mengemaskini Modi mengenai situasi di lapangan namun tidak sempat membincangkan syar mendalam pertemuan terbaharu beliau dengan
00:42utusan khas Amerika Syarikat.
00:44Dalam hal itu, Peskov mendedahkan bahawa Modi dan Presiden China Xi Jinping telah menawarkan bantuan secara aktif bagi memudah cara
00:50usaha menjadi penyelesaian kepada konflik Ukraine.
00:53Beliau berkata cadangan berkenaan dibincangkan dalam pertemuan berasingan kedua-dua pemimpin dengan Putin di luar sidang kemuncak BRICS.
01:01Mengulas hasil sidang kemuncak itu, Peskov berkata BRICS terus berkembang sebagai blok ekonomi dan geopolitik yang semakin berpengaruh di peringkat
01:08antarabangsa.
01:09Katanya beberapa agenda penting yang diperjuangkan Rusia berjaya dimasukkan dalam dekrasi akhir sidang kemuncak tersebut.
01:16Antaranya termasuk cadangan mewujudkan pusat penyelesaian bersama, platform pelaburan bersama dan mekanisme penyelesaian perdagangan menggunakan matu wang kebangsaan negara anggota.
01:26Moskow menyifatkan BRICS sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan membincangkan isu-isu geopolitik utama dunia.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments