Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Negara anggota BRICS sebulat suara menerima pakai deklarasi bersama pada Sabtu, yang menyatakan kebimbangan mendalam terhadap konflik di Asia Barat serta menggesa semua pihak mengambil langkah mengekang ketegangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik negara, anggota BRICS sebulat suara menerima pakar deklarasi bersama pada Sabtu berhubung kebimbangan mendalam terhadap konflik di Asia Barat
00:08serta menggesa semua pihak mengambil langkah mengekang ketegangan.
00:11Deklarasi itu turut menyeru pendekatan berbagai halam yang mengambil kira dan menghormati pandangan serta pendidian setiap negara.
00:19Deklarasi berkenaan diterima pada hari pertama sidang kemuncak tahunan BRICS di New Delhi ketika Amerika Syarikat dan Iran kembali berbalas
00:27serangan selepas pertempuran antara kedua-dua pihak terhenti buat sementara sepanjang sebahagian besar Ogos.
00:33Keadaan itu menjadikan usaha mencapai kata sepakat mengenai kenyataan bersama BRICS lebih mencabar.
00:40Ini berikutan blok berkenaan turut dianggotai Iran dan Emirah Arab Bersatu UAE yang merupakan sekutu Washington.
00:47BRICS kini terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, Mesir, Habsah, Indonesia, Iran dan UAE.
00:56Sebagai tuan rumah sidang kemuncak, India berdepan tugas penting untuk memastikan negara anggota mencapai konsensus mengenai pendirian bersama berhubung perkembangan
01:05konflik di Asia Barat.
Comments

Recommended