00:00Pusingan baharu rundingan antara Israel dan Lubnan yang dijadualkan berlangsung di Rome, Itali, minggu depan, ditangguhkan ke Oktober.
00:10Sebagai ganti, Duta Israel dan Lubnan ke Amerika Syarikat akan mengadakan pertemuan di Jabatan Negara Amerika Syarikat di Washington
00:17bagi membincangkan perkembangan terkini serta pelaksanaan perjanjian rangka kerja antara kedua-dua negara.
00:27Menurut pegawai kanan Amerika Syarikat, lokasi rundingan rasmi seterusnya antara Israel dan Lubnan akan masih dilangsungkan di Rome pada Oktober.
00:37Penjadualan semula rundingan itu difahamkan susulan cuti perayaan Yahudi selain persidangan di Paris berkaitan ketenteraan Lubnan
00:45serta persiapan bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
00:50Kesemua faktor berkenaan menyebabkan pihak terlibat dalam rundingan tidak dapat mengadakan pertemuan di Rome seperti yang dirancang.
00:59Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel meningkatkan serangan di selatan Lubnan dengan melancarkan siri serangan darat dan udara
01:07termasuk memusnahkan sebahagian sekolah awam di Pekan Mansuri.
01:11Israel mendakwa operasi itu menyasarkan rangkaian terorong dan infrastruktur Hezbumbah yang dipercayai meliputi lebih 2 km.
Comments