Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Dalam Negeri KDN bakal mengumumkan tarikh kuat kuasa pindaan peruntukan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia selepas semua persiapan berkaitan pelaksanaannya selesai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN bakal mengumumkan tarikh kuatkuasa pindaan peruntukan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita
00:09warga Malaysia selepas semua persiapan berkaitan pelaksanaannya selesai.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persiapan itu termasuk penyediaan dokumen berkaitan peraturan kewarganegaraan serta sistem permohonan
00:23dalam talian yang turut membabitkan pejabat perwakilan Malaysia di seluruh dunia.
00:30Dalam kelompok RM50,000 yang permohonan tertangguh, sebab dulu sebelum pindaan ini, mereka kena memohon anak itu nak jadi warga
00:39negara Malaysia secara pendaftaran.
00:42Angka mereka dalam RM50,000 tadi itu, kategori ini, kategori anak lahir luar negara oleh ibu warga negara Malaysia ini
00:50dalam lingkungan RM7,000.
00:53Dalam RM7,000 itu, sementara kita menunggu kuat puasa pindaan yang baru ini, bukan kita stop, kita proses.
01:02Dalam RM7,000 itu tinggal ratusan saja lagi yang belum kita buat ratusan.
01:07Jadi apabila nantinya kareh ini kuat puasa, permohonan mula dibuka, dan baru kita mula daripada situ.
01:14Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan KDN sedang berusaha menyelesaikan bagi keseluruhan 4,121 permohonan kewarganegaraan
01:23daripada jumlah asal 50,000 permohonan tertunggak, di mana sasaran untuk kesemua permohonan itu dapat diselesaikan tahun ini.
01:32Tambahnya empat kategori utama yang merekodkan jumlah permohonan tinggi ialah di bawah perkara 15A, perkara 15K2, perkara 19K1 dan perkara
01:4330K1 Perlembagaan Persekutuan.
Comments

Recommended