00:00Semua sekolah rendah dan menengah di bawah 12 pejabat pendidikan daerah PPD di Sarawak akan dibuka semula bermula Isnin, 14
00:08September selepas pemantauan berterusan terhadap bacaan indeks pencemaran udara IPU, susulan keadaan jerebu.
00:15Pembukaan semula sekolah adalah tertangluk kepada bacaan IPU di bawah daripada 200. Sekiranya tren bacaan menunjukkan penurunan, tindakan persediaan untuk
00:25pembukaan semula sekolah boleh diambil.
00:29Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memaklumkan pembukaan semula sekolah itu melibatkan PPD Kucing, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Kanowit,
00:41Julau, Meradung, Bintulu dan Tatau atau Sebau.
00:45Bagaimanapun, sekolah di bawah PPD Serian dan PPD Lubu Antu masih ditutup sementara sehingga kedua-dua daerah berkenaan merekodkan bacaan
00:54IPU di bawah 200.
00:56Keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan bacaan IPU melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
01:05JPN Sarawak mengingatkan pihak sekolah supaya menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya bacaan IPU melebihi 100,
01:13manakala semua sekolah di kawasan atau daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200 ditutup serta merta.
01:20Selain itu, Ibu bapa atau penjaga juga dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang terhadap kesihatan mereka,
01:29susulan keadaan jerebu dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
01:33Tidak
01:34Tidak
01:35Tidak
Comments