00:00Modal dan inovasi perlu digamling untuk menangani perubahan iklim bagi membina masa depan yang berdaya tahan dan mampan.
00:08Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah bertitah, peralihan itu tidak boleh dibiayai melalui perbenaharaan awam semata-mata kerana skala pelaburan
00:19yang diperlukan adalah di luar kemampuan mana-mana kerajaan untuk bertindak secara bersendirian.
00:27Baginda bertitah demikian dalam ucapan khas pada Meja Bulat Suruhanjaya Security dan Pusat Pengajian Islam Oxford atau OCIS ke-17
00:34bertemakan Building Resilience, The Intersection Between Capital, Climate and Innovation di OCIS pada Sabtu.
00:41Titah Baginda, tiga keutamaan berkenaan modal, iklim dan inovasi sering dilihat sebagai isu yang berasingan, sedangkan kesemuanya perlu ditangani secara
00:49bersama.
00:50Sultan Nazrin bertitah, prinsip keuangan Islam boleh menjadi panduan penting dalam pelaburan mampan, khususnya melalui penekanannya terhadap hubungan antara keuangan
00:58dan ekonomi sebenar, aktiviti yang produktif dan bermanfaat, perkongsian risiko serta penghindaran amalan yang melulu dan memudaratkan.
01:07Mengenai inovasi, Baginda bertitah, daya cipta manusia berulang kali membuktikan keupayaannya untuk mengatasi masalah yang sebelum ini dianggap tidak dapat
01:16diselesaikan, termasuk melalui kemajuan dalam tenaga bersih, pertanian cekap, pengurusan air dan pembinaan berdaya tahan.
01:24Titah Baginda lagi, inovasi sebaliknya perlu disasarkan kepada penyelesaian teknikal serta perubahan tingkah laku.
01:30Sultan Nazrin bertitah, pemulihan mampan juga mungkin memerlukan manusia melakukan kurang, bukannya terus memperkenalkan penyelesaian yang semakin kompleks.
01:40Baginda menegaskan pemulihan iklim memerlukan masa dan kesan positif daripada tindakan yang diambil hari ini mungkin hanya dapat dilihat selepas
01:48beberapa dekad.
Comments