Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 12.35 tengah malam apabila anggota MPV mengarahkan kereta Proton Wira dinaiki suspek berusia 33 dan 44 tahun untuk berhenti di Jalan Tun Sri Lanang, Bandar Kota Tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas dikejar anggota unit kereta peronda MPV dari ibu pejabat polis daerah IPD Kota Tinggi
00:09sejauh kira-kira 50km tengah malam Sabtu.
00:13Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Uthman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.35
00:21tengah malam.
00:23Ia apabila anggota MPV mengarahkan kereta Proton Wira dinaiki suspek berusia 33 dan 44 tahun itu berhenti di Jalan Tun
00:33Sri Lanang, Bandar Kota Tinggi.
00:35Katanya suspek bagaimanapun gagal mematuhi arahan polis dan memecut serta memandu secara berbahaya.
00:41Suspek dikejar dari Jalan Tun Sri Lanang, Bandar Kota Tinggi menghala ke Ulu Tiram sebelum berakhir di kilometer 31.5
00:51Jalan Jawa Baru meresing berhampiran lampu isyarat Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
00:56Yusof berkata pemeriksaan menemukan dadah jenis syabu dalam kenderaan itu selain semakan mendapati, kedua suspek tersebut mempunyai rekod kesalahan serta
01:06dikendaki bagi kesalahan berkaitan dadah.
01:09Ujian saringan air kencing kedua-dua mereka juga mendapati positif metafetamin.
01:14Dua suspek direman hingga 15 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15-1-A dan Seksyen 12-2 Akta Dadah
01:25Berbahaya 1952 serta Seksyen 186 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended