Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Agenda Malaysia Biru akan menjadi teras manifesto rasmi BN selepas dimuktamadkan bersama parti komponen dan Friends of BN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik agenda Malaysia Biru akan dijadikan landasan utama dalam Manifesto Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
00:08Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, gagasan itu bukan hanya ditujukan kepada ahli parti, sebaliknya merupakan tawaran BN
00:17kepada seluruh rakyat Malaysia.
00:19Kita akan masukkan ini sebagai elemen utama dan ianya akan menjadi manifesto resmi setelah kita berbincang dengan kepimpinan rakan-rakan
00:34komponen Barisan Nasional dan Friends of BN
00:36dan itu akan kita absahkan setelah proses penyediaan manifesto itu dilakukan sepenuhnya.
00:48Beliau terus menegaskan agenda berkenaan tidak seharusnya dijadikan polemik oleh mana-mana penganalisis.
00:56Katanya ia merupakan dasar dan tawaran BN yang digariskan menerusi lapan teras utama agenda Malaysia Biru.
01:05Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perhimpunan Agong UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.
Comments

Recommended