00:00Menteri-Menteri Luar Negara Arab akan bertemu di Maskat Oman pada Isnin untuk menandatangani perjanjian bagi mewujudkan laluan perkapalan bersama
00:09Iran-Oman melalui Selat Hormuz.
00:11Perkara itu dimaklumkan Presiden Iran Masud Pazashqian pada Sabtu, Lapor Media Antarabangsa.
00:17Ujar beliau negara-negara yang wilayahnya digunakan Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan terhadap Iran juga akan menghadiri mesyuarat itu.
00:28Mengelos mengenai perang dengan Amerika dan tekanan ekonomi yang dikenakan terhadap Iran, Pazashqian berkata Washington gagal mencapai objektifnya melalui tindakan
00:38ketenteraan dan akhirnya beralih kepada langkah ekonomi.
00:43Mengenai sekatan tentera laut Amerika terhadap Iran, Pazashqian berkata negara itu tidak bergantung sepenuhnya kepada laluan maritim.
00:51Iran katanya akan membuka semula Selat Hormuz apabila Amerika Syarikat menamatkan sekatan dan serangan.
00:58Pada Jumaat, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghai berkata, Oman akan menjadi tuan rumah mesyuarat peringkat menteri serantau pada Isnin
01:06dengan penyertaan 8 negara yang bersempadan dengan teluk.
01:10Baghai berkata, mesyuarat itu akan membincangkan isu serantau serta hasil rundingan Iran-Oman mengenai penetapan laluan selamat bagi kapal komersial
01:20di Selat Hormuz.
01:21Oman setakat ini belum sahkan mengenai mesyuarat pada Isnin itu.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments