00:0030 mayat ditemukan daripada sebuah feri rentung di Palawan, Barat Filipina, manakala 54 orang masih hilang lapor pihak berkuasa.
00:11MV Jun Esther pada mulanya dilaporkan membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal ketika berlepas dari Manila ke Koron di
00:20Palawan sebelum terbakar Rabu Malam.
00:245 individu disahkan maut pada malam yang sama manakala 43 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan.
00:32Jumlah mangsa yang hilang dikemas kini daripada 86 kepada 84.
00:38Selepas 2 individu yang disenaraikan dalam senarai penumpang mengesahkan mereka tidak menaiki kapal itu.
Comments