00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadakan siri pertemuan dua hala bersama empat pemimpin dunia di luar sidang kemuncak
00:08pemimpin RIKS ke-18 di New Delhi hari ini.
00:11Pertemuan peringkat tinggi itu melibatkan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masud Pazashkian, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana
00:20Menteri Ethiopia Dr. Avi Ahmed Ali.
00:24Titik persamaan utama dalam semua pertemuan ini ialah iltizam mempercepat kesaling hubungan udara.
00:32Malaysia mahu laluan penerbangan terus dan kemudahan perjalanan diperluas bagi merancakkan pelancongan serta urusan perniagaan.
00:40Dalam aspek ekonomi, tumpuan terarah kepada usaha meningkatkan perdagangan dua hala.
00:46Ia meliputi ekspor komoditi utama negara seperti minyak sawit, produk halal serta pengukuhan sekuriti makanan bersama rakan dagang antarabangsa.
00:56Bagi sektor teknologi bernilai tinggi, Malaysia memperkukuh kerjasama rantaian bekalan dan bakat cip semikonduktor dengan India disamping menerok kepeluang perkhidmatan
01:06digital bersama Ethiopia.
01:08Pertemuan di New Delhi ini turut membuahkan langkah tindakan yang pantas.
01:13Malaysia dan Rusia bersetuju menubuhkan mekanisme khas bagi mempercepat pelaksanaan perjanjian manakala sesi rundingan dua hala bersama Ethiopia akan diadakan
01:23di Kuala Lumpur tahun depan.
01:26Malaysia juga secara rasmi menjemput Ethiopia membuka kedutaan penuh di Kuala Lumpur.
01:31Pelawaan ini dibuat sesudahan langkah putera jaya memuka semula kedutaan besarnya di Addis Ababa pada September 2025 selepas ditutup selama
01:4243 tahun.
01:44Menyentuh isu geopolitik, Malaysia menzahirkan kebimbangan perhadap pergolakan di Asia Barat ketika bertemu Presiden Iran.
01:52Anwar menegaskan kepentingan menjamin keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz dan menggesa semua pihak memilih jalan dialog.
02:01Misi diplomasi ini turut diperkukuh dengan jemputan lawatan negara daripada Yang Di-Pertuan Agong kepada Presiden Putin ke Malaysia.
02:10Ia membuktikan pendekatan dasar luar negara yang sentiasa terbuka, pragmatik dan bersahabat dengan semua pihak.
02:18Terima kasih.
Comments