00:00Perdana Menteri berkata perjanjian Malaysia 1963 MA63 perlu diterjemah sebagai dasar komitmen dan naratif nasional yang dilaksanakan secara berterusan.
00:12Menurutnya, MA63 bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya satu amanah dan iltizam nasional yang wajib ditunaikan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
00:24Menerusi hantaran di Facebook, jelasnya segala perkara yang telah dipersetujui di bawah MA63 perlu dilaksanakan,
00:32manakala isu yang masih belum selesai wajar terus dirunding secara bijaksana dan bersemangatkan muafakan.
00:40Menurut Anwar, mesyuarat itu meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai persetujuan di bawah MA63 selain membincangkan isu strategik yang memberi kesan langsung
00:49kepada masa depan Sabah dan Sarawak.
00:52Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemerkasaan keselamatan sempadan Sabah dan Sarawak.
00:58Turut dibincangkan penambahan perjawatan dan pelaksanaan borneonisasi perkhidmatan awam persekutuan di kedua-dua negeri.
01:06Mesyuarat juga meneliti kajian semula pemberian khas di bawah perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan serta cadangan penambahan kerusi ahli Dewan Rakyat
01:16bagi Sabah dan Sarawak.
01:17Anwar berkata semua isu berkenaan diteliti secara menyeluruh dalam semangat persekutuan yang kukuh demi memastikan hak dan kepentingan Sabah serta
01:27Sarawak diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan.
01:31Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta pimpinan kerajaan, persekutuan dan kerajaan negeri.
01:38Anwar dijaduakan menghadiri Sambutan Hari Malaysia di Kuching minggu hadapan bagi memperingati sejarah pembentukan negara serta memperkukuh Komitmen Membina Malaysia
01:48yang lebih utuh, adil dan sejahtera.
Comments