00:00Bank Pusat Eropah ECB menaikkan kadar faedah buat kali kedua tahun ini daripada 2.25% kepada 2.50%.
00:10Menurut Presiden ECB, Christine Lagarde, langkah dibuat sebagai memendung peningkatan invasi yang didorong kejutan tenaga susulan konflik di Asia Barat.
00:23Keputusan itu dibuat ketika harga minyak kembali melepasi paras $100 Amerika bagi setiap tong selepas Amerika Syarikat dan Iran meningkatkan
00:33serangan terhadap aset ketenteraan, perkapalan dan tenaga sejak akhir Ogos.
00:39Perkembangan itu mencetuskan semula kebimbangan terhadap kenaikan harga barangan dan bahan api di zon euro yang bergantung kepada import tenaga.
00:48ECB mengakui inflasi dijangka kekal melebihi sasaran 2% sehingga 2028, sebahagiannya susulan aktiviti ekonomi yang kekal berdaya tahan.
00:59Keputusan ECB itu turut mendorong pedagang meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah selanjutnya.
01:06Pasaran menjangkakan kenaikan tambahan sekitar 60 mata asas menjelang mesyuarat April 2027 berbanding kira-kira 51 mata asas sebelum keputusan
01:16itu diumumkan.
01:18Bagaimanapun sebahagian besar pakar ekonomi sebelum mesyuarat berpandangan kenaikan pada Khamis berkemungkinan menjadi langkah terakhir ECB buat masa ini.
01:27Namun semakin ramai penganalisis melihat risiko bahawa pengetatan dasar monetari selanjutnya mungkin diperlukan sekiranya tekanan inflasi terus meningkat.
Comments