Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ketiga-tiga subsektor terus mencatat pertumbuhan pada Julai 2026.
Transcript
00:00Jualan perdagangan borong dan luncit Malaysia berjumlah RM170.5 bilion pada Julai 2026, meningkat 9.0% tahun ke tahun.
00:11Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, ketiga-tiga subsektor terus mencatat pertumbuhan pada Julai 2026.
00:20Jelasnya perdagangan borong mencatat jualan RM78.4 bilion meningkat RM8.2 bilion atau 11.7% tahun ke tahun.
00:31Perdagangan runcit pula meningkat RM4.3 bilion atau RM6.4% kepada RM71.3 bilion.
00:39Manakala subsektor kenderaan bermotor berkembang RM1.5 bilion atau 7.9% kepada RM20.8 bilion.
00:49Secara keseluruhannya, ketiga-tiga subsektor itu menyumbang RM14.1 bilion kepada peningkatan jualan, diterajui perdagangan borong, diikuti perdagangan runcit dan
01:00kenderaan bermotor.
01:02DOSEM memaklumkan perdagangan borong kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan keseluruhan pada Julai 2026 dengan pertumbuhan 11.7%.
01:12Prestasi itu didorong terutama kumpulan perdagangan borong khusus lain yang melonjak RM22.8% kepada RM31.7 bilion disokong oleh
01:23peningkatan jualan petrol, diesel, pelincir dan gas petroleum cecair LPG.
01:29Sementara itu, subsektor perdagangan runcit terus mencatat prestasi positif pada Julai 2026 dengan jualan meningkat RM6.4% kepada RM71
01:40.3 bilion.
01:42Ujarnya prestasi itu diterajui jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat RM7.2% kepada RM27.6 bilion disokong
01:52oleh jualan di pasar raya dan gendung serbaneka.
01:55DOSEM memaklumkan subsektor kenderaan bermotor berkembang 7.9% pada Julai 2026 didorong terutamanya oleh jualan kenderaan bermotor yang meningkat
02:06RM8.3% kepada RM10.7 bilion.
02:10Menurutnya, indeks jualan runcit dalam talian turut meningkat 7.4% tahun ke tahun pada Julai 2026 namun pada kadar
02:19yang lebih sederhana berbanding pertumbuhan 9.0% pada Jun 2026.
02:25Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended