Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
AWANI Borneo Jumaat 11 September 2026 bersama Assim Hassan

- Atas semangat MA63, kerajaan setuju tambah wakil Sabah dan Sarawak di parlimen

- Sabah mahupemberian khas 40 peratus disegerakan, PM kata perlu ambil kira kewangan negara

- Kesemua mangsa nahas helikopter FDS meninggal dunia akibat melecur teruk

Category

🗞
News
Transcript
00:02Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:40Kerajaan setuju secara prinsip untuk menambah wakil parlimen dari Sabah dan Sarawak dengan memastikan nisbah perwakilan kedua-dua negeri itu
00:49dipertingkatkan berbanding kedudukan semasa.
00:52Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dipersetujui Jumah Menteri pada Rabu lalu dan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya
01:00Plan Raya SPR untuk memulakan proses rundingan.
01:05Hari Rabu yang lalu Jumah Menteri telah bersetuju dan meluluskan prinsip penambahan penyertaan ahli parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil
01:22kira rasio.
01:23Penambahan itu boleh jadi mengelirukan tambah tidak bermakna dia mungkin just equalize seperti mana yang ada.
01:33Jadi penambahan dengan penambahan peningkatan rasio penyertaan Sabah dan Sarawak.
01:39Itu yang pertama yang penting.
01:41Yang kedua tentang penambahan jawatan-jawatan penting untuk Sabah Sarawak seperti mana yang diperhakui dalam perjanjian Malaysia dan juga dalam
01:53Suruhanjaya Kobol sebelumnya.
01:55Dan kita telah putuskan dalam beberapa fasa. Fasa pertama telah dilaksanakan. Fasa kedua disegerakan.
02:03Ini termasuklah yang disebut melantik anak-anak dari Sabah Sarawak untuk jawatan-jawatan yang utama.
02:10Beliau menjelaskan penambahan kerusi parlimen tidak boleh hanya meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi, sebaliknya perlu mengambil kira nisbah perwakilan Sabah dan
02:20Sarawak.
02:20Katanya sebarang penambahan kerusi juga boleh melibatkan semenanjung, namun prinsip utama ialah nisbah kerusi Sabah dan Sarawak mesti lebih tinggi
02:29daripada kedudukan ketika ini.
02:31Menurutnya perkara itu turut mengambil kira semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 MA63 yang memperuntukkan nisbah satu per tiga bagi Sabah,
02:41Sarawak dan Singapura sebelum penyertaan Singapura berakhir pada 1965.
02:47Kita dah, Kabinet dah putuskan, saya dah maklumkan kepada SPR dan mereka akan tentu semulakan rundingan.
02:56Saya fikir kalau untuk eleksyen ini saya tak pasti boleh sempat atau tidak sebab kena manfaat kemudian ada proses.
03:05Saya tidak mahu ganggu dari segi proses perlembagaan.
03:09Tetapi yang penting keputusan dibuat dan SPR telah dimaklumkan.
03:16Beliau menegaskan kerajaan tidak mahu mengganggu proses perlembagaan yang perlu dilalui, namun keputusan dasar mengenai penambahan wakil Parlimen Sabah dan
03:25Sarawak telah dibuat.
03:27Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempersidangkan mesyuarat tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTP MA63 di Kota Kinabalu.
03:40Selain itu, Perdana Menteri berkata Perjanjian Malaysia 1963 MTP MA63 perlu diterjemah sebagai dasar komitmen dan naratif nasional yang dilaksanakan
03:51secara berterusan.
03:53Menurutnya, MTP MA63 bukan sekadar dokumen sejarah sebaliknya satu amanah dan iltizam nasional yang wajib ditunaikan dengan penuh keikhlasan dan
04:02tanggungjawab.
04:05Menerusi hantaran di Facebook, jelasnya segala perkara yang telah dipersetujui di bawah MA63 perlu dilaksanakan, manakala isu yang masih belum
04:15selesai wajar terus dirunding secara bijaksana dan bersemangatkan muafakan.
04:20Menurut Anwar, mesyuarat itu meneliti kemajuan pelaksanaan pelbagai persetujuan di bawah MA63 selain membincangkan isu strategik yang memberi kesan langsung
04:30kepada masa depan Sabah dan Sarawak.
04:33Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemerkasaan keselamatan sempadan Sabah dan Sarawak, turut dibincangkan penambahan perjawatan dan pelaksanaan borneonisasi perkhidmatan awam
04:44persekutuan di kedua-dua negeri.
04:47Mesyuarat juga meneliti kajian semula pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan serta cadangan penambahan kerusi ahli Dewan Rakyat
04:57bagi Sabah dan Sarawak.
04:58Anwar berkata semua isu berkenaan diteliti secara menyeluruh dalam semangat persekutuan yang kukuh demi memastikan hak dan kepentingan Sabah serta
05:08Sarawak diterjemahkan melalui tindakan yang berkesan.
05:12Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Premier Sarawak serta Pimpinan Kerajaan, Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
05:19Anwar dijadualkan menghadiri Sambutan Hari Malaysia di Kuching Minggu Hadapan bagi memperingati sejarah pembentukan negara serta memperkukuh Komitmen Membina Malaysia
05:29yang lebih utuh, adil dan sejahtera.
05:33Mesyuarat tindakan pelaksanaan MA63 di Kota Kinabalu itu turut mencuri tumpuan rakyat Sabah.
05:40Mereka mahu tahu status pengembalian hak 40% hasil negeri dan dalam sidang media bersama, Ketua Menteri Sabah Dato' Sri
05:47Haji Jino tegas menyuarakan hak Sabah 40% perlu diselesai dan disegerakan.
05:55Kita bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah juga ada mohon pertimbangan terutama dalam penyelesaian 40% pembayaran kepada Sabah itu juga
06:08mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
06:12Jadi kita berharap supaya ini juga dapat diselesaikan dan disegerakan. Itu bagi pihak Negeri Sabah.
06:24Dan ini pula respon segera Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mengenai hasil 40% Sabah.
06:30Ia masih dalam rundingan berhubung formula baru. Penentuan formula baru pemberian khas itu perlu mengambil kira kedudukan keuangan dan keupayaan
06:40kerajaan pusat termasuk menetapkan kadar minimum dan maksimum yang munas Sabah.
06:46Bukan itu saja, pemberian khas ditambah RM1.5 bilion kepada Sabah mulai tahun ini.
06:53Untuk itu, saya telah setuju untuk menambah segera mulai tahun ini ke RM1.5 bilion sebagai langkah interim.
07:09rundingan diteruskan dan mengambil kira juga kedudukan keuangan seperti mana dalam perjanjian awal.
07:17Tapi kalau peningkatannya kecil, itu mungkin dipertikai.
07:20Jadi kita tunggu belanjaan parlement bulan Oktober untuk kemudian menetapkan kertas dan kemudian menyerahkan jumlah RM1.5 bilion itu pada
07:35tahun ini juga, mungkin akhir Oktober atau awal November.
07:39Dan untuk Sarawak, Anwar memberi bayangan negeri itu turut akan dipertimbangkan menerima langkah interim sama susulan rundingan bersama kerajaan negeri.
07:49Katanya, walaupun kedudukan Sarawak berbeza dari segi peruntukan perlembagaan, semangat yang sama perlu dipertimbangkan.
07:58Mengenai Sarawak, saya ingat walaupun tidak termasuk dalam 1-2-D, peruntukan perlembagaan, tapi semangat yang sama harus diperkirakan.
08:09Jadi oleh itu, saya akan terus pincang dalam beberapa hari ini dengan Premier.
08:14Mudah-mudahan sebaik hari 16 September, hari Malaysia di Kuching, saya boleh umumkan juga langkah interim untuk Sarawak.
08:25Sarawak ada kemukakan juga pandangan tentang formula yang patut diperkenalkan supaya jelas formula itu mengambil kira kedudukan kewangan negara, keupayaan,
08:39apa yang minima yang boleh dipertimbangkan dan juga maksimal.
08:45Mengakhiri lawatan dua hari di Sabah, Perdana Menteri melawat dan menyantuni mangsa kebakaran kampung Numbak, Sepanggar, di pusat pembinaan sementara
08:53PPS Dewan Serba Guna Damai di Kota Kinabalu.
08:57Anwar yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Sui Haji Nur, tiba di PPS Perkenaan 1.30 tengah hari dan meluangkan
09:04masa, kira-kira 20 minit menyantuni mangsa di sana.
09:09Perdana Menteri kemudiannya mendengar taklimat mengenai kebakaran itu daripada Datuk Bandar Raya Kota Kinabalu, Datuk Sui Sabin Samita sebelum menyampaikan
09:18bantuan kepada mangsa.
09:20Sebanyak 111 ketua isi rumah menerima sumbangan bakul makanan selain bantuan khas kewangan RM1,500 daripada kerajaan pusat.
09:29Pada 30 Ogos, kebakaran di kampung Numbak memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air dengan 3 mangsa ditemukan rentung.
09:50Bedah siasat kesemua mangsa nahas helikopter doktor udara FDS pada selasa lalu menunjukkan mereka maut akibat melecur teruk.
09:59Pesuruh jaya Polis Sarawak, Datuk Zainal Abdullah berkata, kesemua mangsa yang ditemukan rentung telah menjalani proses bedah siasat semalam, membabitkan
10:09dua pasukan patologi.
10:12Sebenarnya proses bedah siasat telah pun berjalan semalam, daripada pagi sehingga tujuh setengah malam melibatkan dua kumpulan patologis dengan beberapa
10:27orang doktor.
10:29dan punca sebenar kematian mereka adalah kecederaan melecur yang teruk akibat nahas helikopter tersebut.
10:42Jadi proses selanjutnya adalah untuk menunggu keputusan DNA sebelum kita menyerahkan kesemua mangsa-mangsa ini kepada waris masing-masing.
10:54Kita jangka analisa DNA kelima-lima mangsa mungkin akan dapat disiapkan.
11:04Beliau menjelaskan demikian ketika dihubungi media pada Sabtu.
11:08Sementara itu, tingjawan di unit forensik hospital Miri dan hotel penginapan ahli keluarga mangsa di Miri masih sunyi tanpa sebarang
11:16pergerakan.
11:17Ketika ini, proses FDS di kawasan pedalaman Miri dikendalikan dengan kerjasama unit udara Jabatan Bomber dan Penyelamat yang kebetulan memiliki
11:25pangkalan udara di daerah tersebut.
11:28Dalam nahas pada selasa lalu, lima individu maut selepas pesawat helikopter BO-105 terhempas dan terbakar di lapangan terbang pendek
11:36Long Lelang di Ulu Baram.
11:38Mereka yang maut kemudian dikenalpasti sebagai juruterbang Kapten Sainul Afik B. Syam daripada Negeri Sembilan dan Dr. Ainul Bara'ah
11:46Kamaruddin dari Kelantan.
11:48Turut terkobat, dua jururawat Debra Mossad dan Jesse Payajok serta Pembantu Perubatan Aleksan Adit Hendrik ketiga-tiganya dari Sarawak.
11:57Sebelum terhempas, sekitar jam 3.40 petang, pesawat tersebut berlepas dari Miri pada jam 10.21 pagi menuju ke BA
12:05Lai dan Long Siut sebelum bermalam di Long Lelang untuk ke Tanjung Durian.
12:11Punca nahas bagaimanapun masih dalam siasatan bahagian siasatan kemalangan udara Kementerian Pengangkutan.
12:17Pengurusan menuntut jasad dan pengembumian mangsa dijangka diumum esok.
12:24Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau membuat pusingan U berhubung carangan penubuhan Suranjaya Perkhidmatan Kesihatan.
12:34Beliau sebaliknya menegaskan komitmennya terhadap penubuhan Suranjaya itu kekal konsisten sejak 2023.
12:44Menurut Dr. Zaliha, laporan sebuah parter kesihatan yang mendakwa beliau mengubah pendirian susulan naas helikopter Kementerian Kesihatan di Sarawak adalah
12:51tidak tepat dan gagam menggambarkan konteks sebenar.
12:55Beliau berkata cadangan penubuhan Suranjaya itu sudah dinyatakan secara terbuka pada Februari 2023 sebagai antara perkara penting yang dipertimbangkan dalam
13:02draft akhir Kertas Putih Kesihatan.
13:05Dr. Zaliha turut menjelaskan kenyataannya di Parlimen pada Jun 2023 hanya menerangkan batas kuasa Suranjaya Perkhidmatan berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan
13:14Persekutuan.
13:14Menurutnya, Suranjaya itu boleh mengendalikan urusan pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan tata tertib, namun tidak berkuasa mewujudkan jawatan
13:24baharu atau menetapkan sistem saraan.
13:26Penubuhannya juga memerlukan pindahan Perlembagaan Persekutuan serta sokongan 2 per 3 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
13:32Dr. Zaliha berkata Kementerian Kesihatan menubuhkan kumpulan kerja teknikal pada Oktober 2023 bagi memperincikan kaedah dan mekanisme terbaik untuk menubuhkan
13:41Suranjaya berkenaan.
13:42Beliau menegaskan pembaharuan sistem perkhidmatan kesihatan perlu dilaksanakan segera menerusi struktur yang benar-benar mampu menyelesaikan isu kebajikan warga kesihatan.
13:52Pasukan mencari dan menyelamat SAR membawa turun seorang pendaki warga Kruisha yang terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu selepas operasi selama
14:015 hari.
14:02Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata maruh persik 46 tahun, cedera pada kaki dan rusuk
14:11kanan serta mengalami luka ringan pada tangan.
14:16JBPM menerima maklumat mengenai kecerdian itu pada petang Ahad lalu sebelum pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi.
14:22Proses membawa turun mangsa dilakukan secara berperingkat menerusi 5 zon pasukan kerana anggota perlu meredah laluan mencabar sejauh 2 hingga
14:313 km dalam keadaan cuaca tidak menentu.
14:33Mangsa dibawa turun menggunakan teknik dukung dengan bantuan pengusung badan sebelum tiba di pintu tim pohon pada 7-6 minit
14:41malam tadi.
14:42Pertugas Kementerian Kesehatan memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.
14:49Operasi yang disertai 43 anggota itu ditamatkan pada 10 malam selepas semua anggota dan mangsa selamat tiba di pintu tim
14:56pohon.
14:57Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota JBPM termasuk Storm dan Moksar, Malim Gunung, Porter serta Ranger dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan
15:06Awam dan Taman-Taman Sabah.
15:11Sekian Awani Borneo, saya Asim Hassan, selamat hormat.
Comments

Recommended