00:08Kualiti udara di beberapa kawasan terus merosot apabila 12 stesen mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara atau IPU pada tahap tidak
00:18sihat setakat ini.
00:19Angka itu meningkat berbanding 9 kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat pada jam 5 petang Jumaat.
00:26Berdasarkan portal sistem pengurusan indeks pencemaran udara Malaysia, APIMS, sebanyak 10 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
00:36Samarahan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 185, diikuti Sri Aman 183 dan Kucing 182.
00:45Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Sarikei 160, Samalaju 159, Sibu 157, Bintulu 156, Mukah 155, Miri 152 dan ILP
01:00Miri 147.
01:02Di Semenanjung, Pasir Gudang Johor mencatatkan bacaan IPU 126 manakala Johan Setia Selangor merekodkan bacaan 113.
01:10Tiada kawasan merekodkan bacaan sangat tidak sihat atau berbahaya setakat ini.
01:15Terima kasih.
01:16Terima kasih.
Comments