00:00Menjelang pembukaan rasmi sidang kemuncak pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, tumpuan diplomasi Malaysia kini terarah kepada ketibaan Perdana
00:09Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan lawatan kerja 4 hari ke India.
00:14Malam ini agenda diplomatik beliau terus bermula dengan pertemuan dua hala berprofil tinggi bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan untuk
00:24perincang lanjut agenda persidangan kerangka kemanusiaan diutamakan serta nilai strategik hubungan dua hala Malaysia-India.
00:33Kita akan terus bersama dengan rakan setugas Fidoz Azil yang kini berada di New Delhi untuk laporannya. Firdaus boleh teruskan.
00:42Baik, terima kasih rakan penyampai di studio. Di India, ada satu peribahasa Hindi lama tentang persahabatan sejati dan pakatan diplomatik
00:50yang sering disebut Dos Vahijo, musibat main kam air.
00:55Ataupun ia membawa maksud sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa berdiri bersama di saat mengharungi ujian dan kesukaran.
01:02Jadi, ungkapan ini amat bertepatan dengan semangat kesetia kawanan yang ingin diterjemahkan Malaysia dalam persidangan antarabangsa di New Delhi kali
01:10ini.
01:10khususnya ketika dunia mendepani polarisasi geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global.
01:17Bercakap mengenai perkembangan di lapangan, pesawat khas yang membawa yang amat berhormat Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim,
01:24dijangka di jadual mendarat di Palam Air Force Station pada petang ini.
01:28Mengiringi beliau dalam misi diplomatik ini ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Sri Johari Abdul Ghani,
01:35serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Al-Ramanan.
01:38Jadi, sebaik saja tiba dan mendaftar masuk di hotel penginapan, Perdana Menteri tidak akan menunggu lama untuk memulakan gerak kerjanya.
01:45Malam ini dijadualkan sekitar jam 9 malam waktu tempatan bersamaan dengan kira-kira pukul jam 11.30 malam waktu Malaysia,
01:53Perdana Menteri dijadual akan mengadakan pertemuan dua halal bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, di hotel ITC Maurya.
02:00Pertemuan empat mata ini membawa nilai strategi yang amat tinggi, yang mana ia adalah kesinambungan kepada lawatan rasmi bersejarah.
02:08Beliau ke Kremlin di Moscow pada Mei tahun lalu, sekaligus menjadi medan penting untuk memperkukuh sokongan ke arah keahlian penuh
02:16Malaysia dalam BRICS.
02:18Susunan status kita sebagai negara rakyat ataupun disebut sebagai partner country.
02:23Selain isu geopolitik, serantau dan kerjasama tenaga, fokus perbincangan malam ini turut dijangka menyentuh mengenai ketahanan rantaian bekalan ataupun sekuriti
02:35serta keterjaminan makanan global.
02:37Dan tumpuan utama lawatan kerja ini sudah tentu terarah kepada sesi pembukaan sidang kemuncak pemimpin BRICS ke-18 di pusat
02:47konvensyen di Barap Mandabam esok.
02:50Kengataan negara yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri akan berpaksikan sepenuhnya kepada doktrin meneluruh kemanusiaan diutamakan ataupun Humanity First.
02:59Putrajaya akan membawa mesej tegas bahawa sebarang perstuturan semula seni bina kewangan global maupun tak diurus antarabangsa mesti diterjemahkan dalam
03:13nilai kemanusiaan bukan sekadar ditentukan oleh hegemoni ekonomi tertentu.
03:18Jadi Malaysia bertekad untuk membawa suara global south diangkat secara inklusif dan bersama selari dengan komitmen dasar luar negara yang
03:30berprinsip bebas, seimbang dan pragmatik.
03:33Yang mana penyertaan dalam BRICS bukan bermakna Malaysia memilih blok tertentu, sebaliknya untuk melengkapkan kepemimpinan serantau negara dalam ASEAN serta
03:44peranan aktif di pentas PBB dan juga OIC.
03:48Yang mana kalau kita lihat angka selain dimensi pelbagai hal BRICS lawatan ketika ini amat signifikan dalam memacu perkongsian strategik
03:58komprehensif ataupun CSP antara Malaysia dan India.
04:02Yang mana hubungan perdagangan kepada kedua-dua negara ini berada pada trajeteri paling kukuh dalam sejarah.
04:10Jadi setakat ini itu saja yang saya boleh kongsikan untuk hari ini. Sudah pasti kita akan terus membawa liputan dari
04:16semasa ke semasa perkembangan mengenai persidangan BRICS dan juga kenyataan negara yang akan kita sampaikan atau kita bawa secara langsung
04:22di kacamata Astro Awani.
04:24Jadi buat masa ini itu saja saya dan rakan setugas Fitri Muhammad boleh kongsikan dari New Delhi. Kita kembali kepada
04:29rakan setugas di Bukit Jalit.
04:30Terima kasih.
04:32Terima kasih.
04:32Terima kasih.
Comments