Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kadar pengangguran negara pada Julai 2026 kekal pada 3.0 peratus dengan 520,300 penganggur, manakala pasaran buruh terus menunjukkan prestasi kukuh menerusi peningkatan guna tenaga dan penyertaan tenaga buruh.
Transcript
00:00Kada pengangguran negara pada Julai 2026 kekal pada 3%, sama seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
00:09Jabatan Perangkaan Malaysia DOSM melaporkan seramai 520,300 orang direkodkan sebagai penganggur dalam tempoh berkenaan.
00:20Statistik tenaga buruh Julai 2026 menunjukkan bilangan tenaga buruh meningkat 0.1% kepada 17.37 juta orang berbanding 17
00:31.3.4 juta orang pada Jun.
00:34Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.9%.
00:38Dalam masa sama, bilangan penduduk bekerja meningkat secara marginal 0.1% kepada 16.85 juta orang.
00:46Kategori pekerja yang merangkumi hampir 75% daripada jumlah penduduk bekerja meningkat kepada 12.62 juta orang.
00:56Bilangan pekerja sendiri turut bertambah 0.3% kepada 3.16 juta orang.
01:02DOSM berkata sektor perkhidmatan kekal menjadi penyumbang utama kepada guna tenaga negara.
01:07Pertumbuhan itu disokong oleh aktiviti kesenian, hiburan dan rekreasi, peginapan, perkhidmatan makanan dan minuman serta aktiviti kewangan dan insurans atau
01:18takaful.
01:20Guna tenaga turut meningkat dalam sektor pertanian, pelombongan dan pekuarian, pembuatan serta pembinaan.
01:26Dalam masa sama, penganggur aktif yang bersedia bekerja atau aktif mencari pekerjaan meningkat kepada 412,600 orang atau 79.3
01:37% daripada jumlah penganggur.
01:40Sebanyak 63.5% daripada penganggur aktif didapati menganggur kurang daripada 3 bulan.
01:46Bagi golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun, kadar pengangguran kekal pada 10.2% dengan 292,500 orang penganggur.
01:58Kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun pula, peningkat sedikit kepada 6.4% berbanding 6.3% pada
02:07Jun.
02:08Secara keseluruhannya, DOSM menyatakan pasaran buruh Malaysia kekal kukuh dan berdaya tahan.
02:14Namun pembangunan model insan perlu terus diperkasa bagi memastikan tenaga kerja negara kekal kompetitif dalam menghadapi perubahan struktur ekonomi dan
02:24kemajuan teknologi.
Comments

Recommended