Skip to playerSkip to main content
  • 34 minutes ago
Memetik The Economic Times, Tabung Kewangan Antarabangsa, (IMF) berkata ekonomi dunia setakat ini menunjukkan daya tahan lebih baik daripada jangkaan, walaupun harga minyak dan gas kekal tinggi.
Transcript
00:00Ekonomi global dijangka terus berkembang sekitar 3% tahun ini meskipun dunia berdepan krisis tenaga susulan konflik di Asia Barat.
00:09Memetik di Economic Times, Tabung Kewangan Antarabangsa IMF berkata, ekonomi dunia setakat ini menunjukkan daya tahan lebih baik daripada jangkaan
00:17walaupun harga minyak dan gas kekal tinggi.
00:23Jurucakap IMF, Julie Kozak berkata, krisis tenaga akibat konflik berkenaan masih belum berakhir.
00:30Menurutnya, tekanan hutang global turut meningkat, manakala proses penyak inflasian yang bermula selepas krisis kos sara hidup pada 2022 kini
00:39terhenti.
00:40Kozak berkata, jangkaan inflasi global meningkat namun masih terkawal untuk jangka panjang.
00:46Beliau berkata, penggunaan rizak minyak dan gas membantu sesetengah negara menangani gangguan bekalan tenaga, manakala negara lain beralih kepada sumber
00:55tenaga baharu atau mengambil langkah mengurangkan permintaan.
00:59IMF pada Julai mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global sebanyak 3% bagi 2026, lebih rendah berbanding purata 3.5% yang
01:09direkodkan pada 2024 dan 2025.
01:12IMF dijadual mengeluarkan unjuran ekonomi global terbaharu pada mesyuarat tahunan bersama World Bank di Bangkok dari 12 hingga 18 Oktober.
01:22Sementara itu, IMF akan menilai kesan sekatan baharu Amerika Syarikat terhadap Iran termasuk sekatan sekunder terhadap syarikat di negara ketiga
01:31yang menyokong Tehran.
01:33Penilaian lebih menyeluruh dijangka dibentangkan dalam laporan unjuran ekonomi global terbaharu IMF.
Comments

Recommended