Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau tidak menyesal melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran walaupun konflik itu meningkatkan harga minyak dan menjadi isu utama menjelang pilihan raya pertengahan penggal November. Trump turut menjangkakan perang tersebut akan berakhir selepas pilihan raya.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan beliau tidak menyesal dengan keputusan untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran
00:06meskipun konflik itu berpotensi menjejaskan sokongan politik menjelang pilihan raya pertengahan penggal di Amerika
00:12Trump berkata beliau percaya perang berkenaan akan berakhir sejurus selepas pilihan raya tersebut pada November nanti
00:39Dalam wawancara bersama host Fox News Laura Ingraham
00:43Trump menolak dawaan bahawa sebahagian penyokongnya kecewa atau hilang semangat berikutan perang yang berlarutan sejak Februari lalu
00:50Kenyataan itu menyusul ketika parti Republikan berdepan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan gas
00:56yang dikaitkan dengan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran
01:00Trump sebelum ini menjelaskan bahawa antara objektif utama operasi ketenteraan berkenaan adalah untuk melemahkan keupayaan program nuklear Iran
01:08Bagaimanapun, Iran berulang kali menafikan memiliki senjata nuklear dan menegaskan program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan untuk kegunaan aman
Comments

Recommended