00:00Seorang ibu tunggal yang mempunyai hampir 100,000 pengikut di TikTok didenda RM1,800 oleh Mahkamah Magistrat Melaka pada Jumaat
00:11lalu selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki Julai lalu.
00:16Tertuduh Nurul Amalina Muhammad Kamal, 32 tahun, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Shardashenya Muhammad Sulaiman.
00:27Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama empat individu yang telah dituduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 47 tahun.
00:41Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 12.30 hingga 12.30 pada 25 Julai lalu di sebuah kedai makan di
00:51lingkaran Melaka Sentral, Melaka Tengah.
00:54Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
01:04Berdasarkan fakta kes, mangsa dipukul sehingga mengalami kecederaan dan kesakitan di bahagian belakang serta kepala selain luka pada hidung.
01:15Mangsa turut mengalami sakit pada tulang rusuk sebelah kanan sehingga menyebabkan dia sukar bernafas.
01:23Mahkamah menjatuhkan denda RM1,800 terhadap tertuduh atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments