00:00Seorang bekas guru peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Air Keroh Melaka pada Jumaat
00:06atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun kepada kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.
00:16Mengikut pertuduhan, Nur Dalilah Saleh, 25 tahun, yang ketika itu mempunyai tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan,
00:24didakwa mendedahkan mangsa kepada kecederaan fizikal semasa berada dalam pemeliharaannya.
00:30Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 1.30 pada 12 Disember tahun lalu di Taman Belia Antarabangsa dalam daerah
00:40Melaka Tengah.
00:41Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001
00:47yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun
00:54atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:58Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak,
01:01mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin.
01:07Kes disebut semula 16 Oktober depan.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments