00:00Para pendahulu kita cukup bijak membaca realiti bahawa kemerdekaan memerlukan kekuatan politik, mandat rakyat dan hikmah dalam perundingan.
00:12Mereka juga membaca satu lagi realiti, tanah Melayu bukan sebuah negeri yang dihuni oleh satu kaum sahaja.
00:24Sunatullah telah menentukan Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang tidak boleh dibina dengan memisahkan lain-lain kaum masyarakat majmuk di
00:36negara ini.
00:37Maka UMNO membina persepahaman dengan MCA dan kemudiannya MIC sehingga lahirlah parti perikatan.
00:49Kita berikan penghargaan kepada rakan-rakan setia kita ini.
00:56Langkah itu tidak pernah melemahkan perjuangan Melayu.
01:01Sebaliknya ia memperkukuhkan kedudukan UMNO dalam memimpin negara untuk mencapai kemerdekaan ketika ini.
Comments