00:00Vietnam dan Rusia menandatangani perjanjian kerjasama bagi pembangunan simpanan minyak strategik di Vietnam.
00:06Perjanjian itu melibatkan syarikat minyak dan gas milik Rusia, Zaru Besnev, serta syarikat tenaga nasional Vietnam, PetroVietnam.
00:16Bagaimanapun, kedua-dua syarikat tidak mendedahkan garis masa pelaksanaan projek, kapasiti simpanan minyak yang disarangkan mahupun nilai keuangan perjanjian berkenaan.
00:24Menurut Presiden Rusia Vladimir Putin, Kremlin telah mencadangkan penubuhan simpanan bahan api strategik secara bersama di Vietnam.
00:32Kerjasama tenaga terus menjadi antara bidang utama dalam hubungan Rusia-Vietnam, terutama dalam sektor minyak, gas dan keselamatan tenaga.
00:40Pada Mac lalu, Perdana Menteri Vietnam, Fan Min Chin dilaporkan menggesa Zaru Besnev menyediakan bekalan minyak mentah jangka panjang bagi
00:48memenuhi keperluan tenaga negara itu.
00:49Pada Jun pula, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak, menyatakan Moskow bersedia membantu Vietnam membangunkan simpanan minyak strategik.
00:58Dalam perkembangan sama, Putin telah menyentuh mengenai projek pembinaan logi kuasa nuklear reka bentuk Rusia di Vietnam.
01:05Menurut beliau, logi tersebut dijangka membekalkan sumber tenaga yang lebih murah dan bersih kepada sektor industri serta isi rumah di
01:13Vietnam pada masa depan.
Comments