Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kulai atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan cubaan membunuh empat individu lain dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Persiaran Indahpura 4 bulan lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Magistret Kulai atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan
00:05dan cubaan membunuh empat individu lain dalam satu kejadian bulan lalu.
00:10Tertuduh Chu De Hui, 26 tahun, faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Magistret R. Salini.
00:21Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh hingga menyebabkan kematian seorang remaja perempuan
00:27berusia 17 tahun di Bulatan Pesiaran Indah Pura 4 Kulai pada 25 Ogos lalu.
00:33Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:39Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan maut selepas tercampak keluar dari sebuah perodua Myvi sebelum dilanggar oleh sebuah Toyota Velfire.
00:47Polis memaklumkan kenderaan dinaiki mangsa bersama empat rakannya dipercayai di ekori beberapa kenderaan termasuk Toyota Velfire
00:55sebelum berlaku insiden di Bulatan tersebut.
00:59Dalam proseding sama, tertuduh turut didakwa atas empat pertuduhan cubaan membunuh dengan niat terhadap empat individu berusia antara 15 hingga
01:0720 tahun.
01:09Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Kesiksaan.
01:13Mahkamah menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Comments

Recommended