Skip to playerSkip to main content
Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Johor dan Negeri Sembilan memberi petunjuk penting bahawa pengundi Melayu masih menginginkan perwakilan politik Melayu dan Islam yang kuat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimana ia harus diterjemahkan terpulang kepada UMNO.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan
Transcript
00:00Kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan memberikan beberapa impetus
00:05Ataupun petunjuk yang penting
00:07Pertama, orang Melayu inginkan perwakilan politik Melayu Islam yang kuat
00:14Bagaimana ia harus diterjemahkan, terpulanglah kepada UMNO
00:19Maknanya, orang Melayu tidak peduli dengan formula politik kita
00:24Bagi mereka, kita tak perlu ada pelbagai koalisi-koalisi
00:30Atau perikatan itu dan perikatan ini
00:33Yang mereka kehendakkan ialah suara politik Melayu Islam itu
00:38Dominans dan juga menguasai
00:41Struktur politik formal itu tidak penting
00:45Yang penting ialah tiada pertindihan kepentingan Melayu
00:49Kedua, kesepaduan undi Melayu meyakinkan kita bahawa
00:55Politik identiti itu akan terus menguasai persada politik Malaysia
01:00Fenomena ini tidak hanya terpakai di negeri-negeri jajaran Melayu
01:05Atau koridor Melayu sahaja
01:08Maknanya, saudara-saudara sekalian
01:10Politik identiti sukar dipisahkan dengan sikap pengundi Melayu
01:15Perkara ini juga terpakai kepada bukan Melayu
01:19Walau dimanapun
01:21Politik identiti adalah kelaziman yang tidak boleh dikesampingkan
Comments

Recommended