00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof pada Rabu kembali menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan
00:08berehat sepanjang tempoh cuti sakit.
00:11Fadilah menerusi hantaran di Facebook berkata bagaimanapun atas nasihat pakar di Institut Jantung Negara IJN, beliau akan meneruskan cuti sakit
00:20sehingga 27 September ini.
00:23Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Jemaah Menteri atas
00:30keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang beliau menerima rawatan.
00:35Kata Fadilah, beliau bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan kabinet dalam mesyuarat pada Rabu.
00:41Ahli Parlimen Petrajaya itu menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 12 Ogos lepas selepas dimasukkan ke Institut Berkenaan pada
00:5028 Julai dan menjalani angiogram koronari pada keesokannya.
Comments