00:00Di Selangor, seramai 197 pekerja asing pelbagai warga negara ditahan dalam serbuan di kilang betri motosikal dan gudang penyimpanan sekitar
00:10pelabuhan Kelang pada Rabu.
00:12Timbalan pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohd Kusairi Kamarulin berkata, operasi bermula pukul 9 pagi itu menyasarkan premis perniagaan di kawasan
00:20perindustrian Pulau Indah dan kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman berdasarkan hasil risikan sejak dua minggu lepas.
00:30Katanya seramai 210 orang diperiksa yang membawa kepada penahanan 197 pendatang tanpa izin berusia antara 20 hingga 45 tahun atas
00:40pelbagai jenis kesalahan imigresen.
00:43Tangkapan terdiri daripada 147 lelaki dan 50 wanita melibatkan warga Myanmar, 72 lelaki, 30 wanita, India, 58 lelaki, 19 wanita,
00:569 lelaki Bangladesh, 4 lelaki Sri Lanka, 3 lelaki Pakistan, seorang lelaki warga negara lain serta seorang wanita Indonesia.
01:04Beliau berkata majoriti yang ditahan dipercayai bekerja sebagai pembantu serta pekerja am.
01:11Dalam pada itu, Mohd Kusairi berkata pihaknya turut mengeluarkan tiga saman kepada rakyat tempatan yang terlibat bagi membantu siasatan.
01:19Kesemua ditahan ditempatkan di depo imigresen semenyeh untuk siasatan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments