Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Mayat mangsa dipercayai mangsa bunuh itu dikeluarkan polis dengan bantuan pihak bomba.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mayat seorang lelaki tempatan ditemui dalam tangki septik di sebuah rumah di Lorong Tujuh, Taman Sri Bistari, dekat Nibung Tebal,
00:09Pulau Pinang pada Rabu.
00:10Mayat mangsa berusia lima puluhan ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat di dalam tangki septik yang terletak di bahagian
00:19belakang rumah teras tingkat berkenaan berhampiran kawasan dapur.
00:26Mayat dipercayai mangsa bunuh itu dikeluarkan polis dengan bantuan pihak bomba.
00:32Pemeriksaan selanjutnya menemui kereta mangsa di kawasan kebun kelapa sawit di Lorong 11 berdekatan kawasan berkenaan.
00:40Difahamkan polis sebelum ini menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa di daerah seberang perai tengah SPT yang memaklumkan kehilangannya.
00:48Sepanjang tempoh kehilangan mangsa, keluarganya tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan.
00:56Pihak polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan suspek yang dipercayai warga asing.
01:02Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kuang Kang mengesahkan kejadian tersebut.
01:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended