Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 16 September ini, dengan pelbagai persiapan sedang giat dilaksanakan bagi memastikan acara berkenaan berjalan lancar dan bermakna.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sambutan Hari Malaysia ke-63 peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, SICC, pada 16 September ini.
00:09Pengurusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Dato' Jeffrey Arifin berkata,
00:13perancangan program dan persiapan operasi dimuktamadkan telah dibentangkan kepada yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dalam satu kunjungan
00:22hormat di Istana Seri Kinabalu.
00:26Jafri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata,
00:30sambutan itu bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi platform penting untuk rakyat menghargai sejarah pembentukan negara.
00:39Menurut beliau, Sabah mempunyai peranan besar dalam sejarah pembentukan Malaysia dan sambutan itu wajar menjadi ruang untuk mengenam perjuangan generasi
00:47terdahulu.
00:47Pada masa sama, ia turut menjadi pemangkin untuk memperkukuh tekad membina negara yang aman, progresif dan bersatu padu.
00:56Jelasnya segala persiapan sedang diselaraskan secara aktif melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian, Jabatan Kerajaan dan agensi awam berkaitan.
01:07Program yang dijadual bermula pada jam 8 malam itu dijangka menjadi medan untuk rakyat menghayati sejarah pembentukan Malaysia serta memupuk
01:16semangat perpaduan dan patriotisme.
Comments

Recommended