00:00Seramai 325 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan di sebuah kawasan pangsapuri di Putrajaya
00:10awal pagi Rabu.
00:12Imigresen dalam kedataan memaklumkan operasi dilakukan susulan aduan dan maklumat awam berhubung kehadiran warga asing yang tinggi di lokasi berkenaan.
00:24Katanya operasi yang melibatkan 127 pegawai dari Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara itu
00:34dilaksanakan hasil risikan serta pemantauan berdasarkan maklumat diterima.
00:39Seramai 740 warga asing diperiksa dalam operasi itu dengan 325 daripadanya ditahan terdiri daripada 270 lelaki dan 55 perempuan berusia
00:52antara 18 hingga 56 tahun berangkumi warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Thailand.
01:00Antara kesalahan dikenalpasti adalah tidak memiliki dokumen perjalanan atau PAS yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat PAS serta kesalahan
01:09lain dibawah Akta Imigresen 1959-63 dan peraturan-peraturan berkaitan.
01:16Kesemua individu ditahan dibawa ke Deport Imigresen Lengging untuk siasata lanjut.
Comments