Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Australia mencadangkan undang-undang baharu yang membolehkan pengguna media sosial memilih sama ada mahu menerima kandungan yang dijana algoritma atau hanya kandungan daripada akaun yang diikuti.

Langkah itu turut memperkukuh perlindungan kanak-kanak di ruang digital dan mengenakan denda tinggi kepada syarikat yang gagal mematuhi peraturan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Australia merancang memberikan pengguna media sosial lebih banyak kawalan terhadap kandungan yang muncul di paparan mereka melalui cadangan undang
00:07-undang baharu.
00:08Menurut Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, platform media sosial akan diwajibkan menyediakan pilihan yang memberi pengguna kuasa menentukan apa yang
00:15mereka lihat di paparan masing-masing.
00:20Langkah itu membolehkan pengguna memilih sama ada mahu terus menggunakan kandungan yang disarankan oleh algoritma atau sebaliknya.
00:28Pengguna berusia 16 tahun ke atas akan diberikan pilihan secara berterusan untuk menetapkan pengalaman media sosial mereka sendiri.
00:35Cadangan itu juga bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kandungan berisiko termasuk gangguan pemakanan, pornografi, jenayah dan kandungan yang
00:45boleh menjejaskan kesihatan mental.
00:47Menurut kerajaan Australia, pengguna boleh memilih untuk terus menerima cadangan kandungan berasal sekal algoritma atau hanya melihat kandungan daripada rakan
00:56dan akaun yang mereka ikuti.
00:58Undang-undang itu turut mencadangkan permainan dalam talian, aplikasi dan chatbot AI dipastikan tidak mempunyai ciri yang boleh menyumbang kepada
01:06ketagihan atau menjejaskan kesejahteraan kanak-kanak.
01:10Albanis menegaskan syarikat teknologi yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh berdepan denda mencecah lebih 109 juta dolar Australia.
Comments

Recommended