Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pendekatan merangsang ekonomi perlu memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dan penciptaan pekerjaan yang mampu menjana pendapatan lebih tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan disaran memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berimpak tinggi menerusi belanjawan 2027 bagi meningkatkan
00:10pendapatan boleh guna rakyat serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
00:14Pada masa sama, pendekatan merangsang ekonomi perlu memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dan penciptaan pekerjaan yang mampu menjana pendapatan lebih
00:24tinggi.
00:28Profesor di Jabatan Pengurusan Logistik dan Pertabiran Perniagaan, Fakulti Penajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Dr. Muhammad
00:36Abdullah Yusuf berkata,
00:38Bantuan tunai seperti sumbangan tunai rahmah atau SDR dan sumbangan asas rahmah SARA penting untuk meringankan beban rakyat.
00:46Namun, strategi jangka panjang perlu memberi fokus kepada usaha membina sumber pertumbuhan ekonomi baharu.
00:52Beliau berkata penciptaan peluang pekerjaan baharu akan membolehkan rakyat berdikari dan meningkatkan taraf hidup secara lebih mampan berbanding bergantung kepada
01:00bantuan semata-mata.
01:02Justru kerajaan disaran terus memperkukuh peranan sektor swasta dan industri dalam menyediakan pekerjaan penilai tinggi kepada rakyat.
01:09Mengulas prestasi ekonomi negara, Dr. Muhammad Abdullah berkata, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar atau KDNK sebanyak 6% pada suku
01:17kedua tahun ini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
01:20Bagaimanapun, beliau berkata pencapaian ekonomi secara keseluruhan perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, gaji dan kuasa beli rakyat agar manfaat pertumbuhan
01:31dapat dirasai secara lebih meluas.
01:33Beliau turut berpandangan kadar inflasi semasa yang terkawal menunjukkan keberkesanan langkah intervensi kerajaan dalam mestabilkan harga barangan asas.
01:42Namun menurut beliau, sebarang kenaikan harga masih memberi kesan kepada golongan B40 dan kumpulan rentan yang punyai ruang keuangan yang
01:50lebih terhad.
01:51Dalam masa sama, Dr. Muhammad Abdullah berharap, Belanjawan 2027 turut memberi perhatian kepada pengukuhan ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan
02:00vocational atau TVET serta pembangunan industri gig.
02:04Beliau berkata usaha mentransformasikan sektor berkenaan kepada kerjaya profesional yang lebih mampan, mampu membuka lebih banyak peluang pendapatan kepada golongan
02:13belia.
02:13Menurut beliau, penciptaan pekerjaan berasaskan pertumbuhan, kelestarian dan nilai tambah merupakan antara kunci utama untuk memastikan kemakmuran ekonomi negara dapat
02:23dikekalkan dalam jangka panjang.
Comments

Recommended