Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Penggunaan elektrik pusat data boleh berubah mengikut keadaan cuaca, memandangkan sistem penyejukan memerlukan lebih banyak tenaga ketika tempoh cuaca panas.
Transcript
00:00Pusat data kini menyumbang hampir 10% daripada jumlah penggunaan elektrik negara dan angka itu dijangka terus meningkat apabila lebih
00:08banyak kemudahan baru mula beroperasi dalam tempoh terdekat.
00:12Ketua Pegawai Eksekutif Surahan Jaya Tenaga Siti Savinah Saleh berkata ketika ini pusat data menyumbang 9.28% daripada penggunaan
00:21elektrik keseluruhan negara.
00:25Menurut beliau permintaan elektrik dijangka meningkat pada suku keempat tahun ini.
00:30susulan beberapa pusat data baru yang dijadual memulakan operasi atau beroperasi sepenuhnya sekitar November.
00:36Beliau berkata peningkatan tersebut dijangka memberi kesan ketara kepada penggunaan tenaga negara walaupun tidak semestinya menyebabkan lonjakan besar terhadap kapasiti
00:44permintaan puncak.
00:46Siti Savinah turut menjelaskan penggunaan elektrik pusat data boleh berubah mengikut keadaan cuaca kerana sistem penyujukan memerlukan lebih banyak tenaga
00:54ketika cuaca panas.
00:55Menurut beliau tiada had khusus ditetapkan terhadap penggunaan elektrik oleh pusat data.
01:00Sebaliknya, kelulusan projek bergantung kepada kapasiti berkalan yang mampu disediakan oleh sistem tenaga negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
01:10Beliau berkata pengendali pusat data juga boleh melabur secara langsung.
01:14Dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, menerusi skim bekalan tenaga boleh diperbaharui korporat atau CRES.
01:20Menurut beliau, skim berkenaan terus menerima minat yang menggalakkan dengan beberapa projek kini berada pada peringkat pelaksanaan lanjutan.
01:27Dalam masa sama, Siti Savinah berkata, tiada kapasiti penjanaan baharu berasaskan gas, dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan.
01:36Justru, kapasiti sedia ada perlu dioptimumkan bagi memenuhi pertumbuhan permintaan elektrik yang semakin meningkat.
01:42Beliau berkata gas kekal sebagai sumber utama dalam campuran tenaga negara dan dijangka memainkan peran penting sebagai bahan api peralihan
01:51menuju sasaran peralihan tenaga negara sehingga 2050.
01:55Suruhan jaya tenaga juga mengenal pasti keperluan penjanaan tambahan yang signifikan bagi tempoh 2029 hingga 2031 untuk memastikan bekalan elektrik
02:05negara kekal mencukupi.
02:07Menurut Siti Savinah, perancangan sistem elektrik negara disemak secara berkala bagi memastikan sektor tenaga mampu memenuhi pertumbuhan permintaan baru termasuk
02:17daripada industri pusat data yang berkembang pesat di Malaysia.
Comments

Recommended