Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pendekatan merangsang ekonomi perlu memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dan penciptaan pekerjaan yang mampu menjana pendapatan lebih tinggi.
Transcript
00:00Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau MOSTI memberi tumpuan kepada pembangunan serta penggunaan teknologi yang memberi manfaat secara langsung kepada
00:08rakyat dalam permohonan peruntukan belajuan 2027.
00:11Menterinya Dato' Chiang Li Kang berkata, antara keutamaan kementerian adalah memperluaskan penggunaan teknologi ke kawasan luar bandar dan pedalaman bagi
00:20meningkatkan kesejahteraan serta memudahkan kehidupan rakyat.
00:28Menurut beliau fokus, MOSTI bukan sekadar pembangunan teknologi baru tetapi memastikan teknologi yang dibangunkan dapat dimanfaatkan secara meluas oleh rakyat.
00:37Beliau berkata, permohonan peruntukan MOSTI bagi Belanjawan 2027 telah dikemukakan kepada Kementerian Keuangan.
00:43Bagaimanapun perincian mengenai permohonan tersebut hanya akan diumumkan selepas mendapat kelulusan kerajaan.
00:49Dalam perkembangan berkaitan, Chiang berkata Malaysia sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang bencana dengan memanfaatkan teknologi dalam operasi mencari dan menyelamat
00:59atau SAR.
01:00Menurut beliau, teknologi memainkan peranan penting dalam membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa, mengenalpasti identiti serta memantau risiko bencana sesulan.
01:09Beliau berkata, tragedi tanah runtuh batang kali sebelum ini membuktikan kepentingan penggunaan teknologi, termasuk drone, teknologi angkasa dan analisis asid
01:18dioksiribonuklik atau DNA dalam operasi SAR.
01:22Katanya, teknologi berkaitan bukan sahaja membantu usaha mencari mangsa, malah meningkatkan tahap keselamatan anggota penyelamat di lokasi bencana.
01:31Menurut Chiang, teknologi angkasa juga digunakan bagi mantau perubahan struktur tanah dan mengesan risiko tanah runtuh susulan.
01:38Langkah itu membolehkan pasukan penyelamat membuat penilaian risiko yang lebih tepat dan melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.
01:46Beliau berkata, penggunaan teknologi yang menyeluruh dalam kehidupan harian serta pengurusan bencana akan terus menjadi antara fokus utama musti seiring
01:54usaha memperkukuh kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Comments

Recommended