Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menjelang Belanjawan 2027, isu pemilikan rumah terus menjadi cabaran utama khususnya bagi golongan muda dan M40. Walaupun pelbagai insentif diperkenalkan kerajaan, persoalannya sejauh mana langkah tersebut benar-benar membantu rakyat memiliki rumah pertama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menjelang Belanjawan 2027, isu pemilikan rumah kekal antara kebimbangan utama rakyat, khususnya golongan muda dan M40 yang berdepan kenaikan kos
00:10sara hidup serta cabaran mendapatkan pembiayaan perumahan.
00:13Walaupun ekonomi negara berkembang kukuh dan pelbagai skim perumahan mampu milik diperkenalkan, jurang antara harga rumah dan kemampuan pembeli masih
00:22menjadi perdebatan.
00:23Kerajaan sebelum ini memperluas pelbagai insentif seperti pengecualian duti STEM bagi rumah bernilai sehingga RM500,000 sehingga hujung 2027, meningkatkan
00:33jaminan di bawah SJKP kepada RM20 bilion serta memperuntukkan RM672 juta untuk program perumahan mampu milik.
00:42Namun persoalannya, adakah langkah-langkah ini cukup untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama?
00:47Untuk menjawab persoalan itu, kita mempersilahkan tetamu yang sudah bersedia bersama kami dalam studio seperti biasa adalah Dato' Ayah Ishak,
00:53pengasas Komuniti Perjuang Hartanah yang setiap minggu bersama kami untuk membincangkan bagaimanakah keadaan hartanah ketika ini.
00:59Apa khabar Dato'?
01:00Ya, Alhamdulillah. Apa khabar Nina?
01:02Sehat, Alhamdulillah.
01:03Minggu ini dah mula bercerita tentang Belanjawan.
01:06Betul, Belanjawan 2027 kan, bajet sudah tentu kita tinggal lagi kurang daripada sebulan lebih sebelum perbentangan pada 9 Oktober ini.
01:14Genap sebulan.
01:15Ya, betul. Hari ini 9.
01:17Genap sebulan.
01:19Kita akan mentah 9 Oktober.
01:21Okey, kita nak bercakap mengenai sebelum ini, kerajaan membawakan insetif pemilikan rumah eksas pada Belanjawan 2026 untuk tahun ini.
01:30Namun, untuk kita bincangkan pada keadaan pemilikan rumah ini, adakah pemilikan rumah itu melihat keadaan jauh?
01:38Sebab dah ada pelbagai insetif, pelbagai skim bantuan insetif yang telah dikenalkan sejak tahun 2025 dengan harga median rumah dilaporkan
01:47sekitar Rp486,000.
01:49Ini hampir menyamai had maksimal rumah yang menerima pengecualian duti stamp.
01:54Dato', bantu kami faham.
01:55Where are we right now?
01:56Okey, jadi kita nak bercerita tentang Belanjawan 2027 itu nanti.
02:01Kita kena cerita tentang Belanjawan 2026 dan yang sebelum-sebelumnya.
02:05Apa yang kita lihat, ada sebenarnya dalam pembukaan Nina tadi, ada keluar perkataan, cukupkah Belanjawan untuk membantu rakyat memiliki rumah?
02:16Jawapannya, pastinya tidak cukup.
02:19Dan pastinya juga, setiap kementerian juga akan cakap, Belanjawan yang diberi kepada kami tidak cukup.
02:26Tetapi, kita kena buat apa yang kita perlu buat dengan apa yang kita dapat.
02:32Jadi, kalau kita tengokkan 2026, KPKT dapat 6 bilion peningkatan 2% berbanding dengan 5 bilion lebih tahun yang sebelum
02:42itu.
02:43dan saya rasa, satu perkara yang paling besar untuk tahun 2026 yang kita sedang lalui sekarang ialah pengumuman tentang peruntukan
02:55untuk SJKP yang telah dinaikkan daripada 10 bilion jadi 20 bilion.
03:01itu adalah sekali ganda, bunyi dia macam sikit sekali ganda tetapi peningkatan 100% daripada 10 bilion ke 20 bilion
03:10dan dijangka berpotensi untuk memberi impak kepada 80,000 rakyat.
03:16Bermaksud, kiraan itu bermaksud, kerajaan nak membantu satu rakyat itu 250,000 jaminan.
03:24Maka, dapatlah unjuran 80,000.
03:26Tapi kan, Nina, kalau kita tengok SJKP tahun lepas, kalau kita lihat 80,000 orang pembeli rumah yang boleh dibantu
03:36oleh kerajaan,
03:3780,000 ni, satu jumlah yang sangat besar, boleh jadi 1 per 3 daripada seluruh transaksi pembelian hartanah jenis kediaman
03:47dalam satu tahun.
03:48Itu satu jumlah yang besar.
03:50Dan kita pun pernah bincangkan tentang SJKP, sekiranya kerajaan perlu menjamin rakyat Malaysia untuk beli rumah sebanyak 1 per 3
04:00rakyat Malaysia itu,
04:01maksudnya itu adalah perkara yang sangat tidak baik sebenarnya.
04:05kerana 1 per 3 daripada rakyat Malaysia perlu dibantu, perlu dijamin bila dibawa kepada pihak bank, baru pihak bank berani
04:14nak bagikan pembelian beli rumah.
04:16So, kerajaan ya, kerajaan nak bantu rakyat, menyediakan 1 per 3 bantuan untuk 1 per 3 rakyat itu, sehingga 1
04:24per 3 lah open beli rumah.
04:25Tetapi rakyat sendiri kena faham, kita kena perbaiki diri kita sendiri, kewangan kita sendiri sebelum nak mengharapkan kerajaan itu membantu
04:36kita lah.
04:36Pastinya rakyat mengharapkan bantuan daripada kerajaan, tetapi kita kena faham,
04:41kadang-kadang bantuan ini, nak mengharapkan bantuan ini semata-mata, bukan satu keadaan yang terbaik untuk ekonomi rakyat itu sendiri.
04:49Jadi, isu ini banyak bantuan dan insentif telah diberikan, kerajaan pun telah menggadakan skim jaminan kredit perumahan SJKB yang telah
04:57dikatakan RM20 bilion ini
04:58yang dijangka akan membantu sekitar RM80,000 pembeli rumah untuk mendapatkan rumah.
05:03Jadi, isu ini adakah bukan sebabkan harga rumah tinggi lebih kepada kesukaran untuk mendapat pembiayaan ataupun pinjaman daripada institusi kewangan?
05:12So, bila kerajaan beri peruntukan untuk SJKB, maksudnya kerajaan nak bantu apa ini?
05:17Nak bantu rakyat ada akses kepada pembiayaan untuk beli rumah.
05:23Rumah itu mampu milik atau tak mampu milik, itu tidak dibantu oleh kerajaan lagi.
05:30Kerana kerajaan sedang membantu rakyat nak membeli rumah, ada akses kepada dapat pembiayaan beli rumah.
05:36Jadi, bagaimana kerajaan nak membantu membuat rumah itu mampu milik?
05:42Kerajaan ada peruntukan untuk membina rumah-rumah PRR ini.
05:48PRR itu dan kalau kita lihat peruntukan yang diberi kepada rumah PRR ini sedikit, semakin sedikit daripada tahun-tahun yang
05:57sudah.
05:58Tapi, saya fikir, tak silap saya berapa, RM600 lebih juta untuk peruntukan untuk membina rumah-rumah rakyat ini.
06:08Dan kalau kita tengok, akses kepada pembiayaan ini tidak membuat rumah makin murah.
06:16Dan akses kepada pembiayaan ini, kita tengok, kerajaan nak membantu pembeli rumah pertama.
06:21So, kalau kita ini membeli rumah kedua dan seterusnya, kerajaan tak nak bantu dan memang sepatutnya pun tak dibantu.
06:29Dan rumah pada harga apa? RM500,000 dan ke bawah.
06:33Dan ada pula kategori khas SGKP Madani itu nak membantu rakyat membeli rumah pertama RM300,000 ke bawah
06:40yang boleh mendapat pembiayaan sehingga RM120,000 daripada harga rumah.
06:48Harga rumah RM300,000, kita boleh dapat pembiayaan RM360,000.
06:52Maksudnya, RM20,000 tambahan itu untuk kos-kos yang lain selain daripada nak membeli rumah itu semata-mata.
06:59Jadi, saya fikir ini satu inisiatif yang sangat-sangat menakjubkan.
07:03Jadi, bila kita cerita tentang satu inisiatif yang bagus, kita tak hargai.
07:09Tapi, saya nak sebut sesuatu yang pasti akan buat kita berfikir.
07:15Apa akan jadi sekiranya dalam belanjawan 20-27 nanti, kerajaan dah tak nak bagi jaminan SJKP lagi?
07:26Atau tiba-tiba kerajaan kurangkan daripada RM20,000,000 kurangkan RM10,000,000,000.
07:30Pada ketika itu, saya yakin dan percaya rakyat akan marah.
07:36Dan saya yakin dan percaya, konten dalam sosial media ketika selepas pembentangan,
07:43ok, kita dah tak nak lagi dah buat SJKP ni lagi dah.
07:47Atau kita kurangkan belanjawan peruntukan, pasti rakyat marah.
07:51Jadi, bila ditarik nanti peruntukan, baru kita terasa, oh selama ini peruntukan ni sangat-sangat bagus dan baik.
07:59Sebagai contoh, sebagai contoh ya, pelepasan cukai.
08:05Ramai orang tak sebut pasal pelepasan cukai ni kan, diumumkan untuk belanjawan 20-25.
08:13Diumumkan, akan dapat pelepasan untuk 7,000 untuk rumah 500,000 ke bawah dan 500,000 ke atas tu,
08:23pelepasan 7,000 kan, pelepasan cukai.
08:27Sehingga, akhir 20-27.
08:29Jadi, kita menjangkakan, pasti akan, kadang-kadang ya, bila kerajaan dah umumkan sebelum ini,
08:35kalau dia umumkan, ok, akan diperuntukkan belanjawan untuk 3 tahun, contohnya,
08:40nanti dalam belanjawan 20-27, dia tidak akan disebut semula.
08:45Jadi, kadang-kadang kita terlupa.
08:47Nanti, bila masuk belanjawan 20-28, tak diumumkan lagi dan tidak ada lagi peruntukan untuk pelepasan cukai itu,
08:54maka rakyat akan rasa satu kehilangan yang besar.
08:57Bayangkan ya, pembeli rumah pertama, yang nak membeli rumah 500,000 atau bawah 700,000 itu,
09:02mendapat pelepasan cukai.
09:05Ini pastinya ada satu, harga tidak dapat dikurangkan,
09:08tapi cukai yang perlu dibayar rakyat itu akan dikurangkan.
09:11Jadi, dia ada juga indirect, satu kesan yang tidak langsung kepada pembeli rumah itu.
09:16Satu lagi juga, pengecualian duty stamp.
09:19Saya selalu ditegur oleh guru-guru cukai saya.
09:22Ayat, perkataan pelepasan dengan pengecualian ini,
09:26jangan you selamba saja guna secara suka hati.
09:30Okey, jadi pelepasan cukai pendapatan dan pengecualian duty stamp.
09:38Kita pun belajar ilmu cukai ini.
09:39Jadi, pengecualian duty stamp ini diberikan juga untuk rumah pertama ini sehingga hujung tahun depan.
09:50Jadi, sekiranya pengecualian ini dah tak ada lagi,
09:54kita pastinya akan rasa, ya Allah, ini satu kehilangan yang sangat-sangat besar.
09:59Jadi, kerana kalau kita buat kiraan untuk rumah yang up to 500,000, betul tak?
10:07Okey, 500,000.
10:09Ya, 500,000.
10:11Stamp duty sahaja, kosnya 9,000.
10:14Dan kalau kita ambil pembiayaan rumah 90%,
10:17jadi stamp duty untuk pembiayaan 450,000 itu 2,250.
10:22Jadi, total ialah 11,250 yang kita dapat duit percuma lah,
10:28hadiah daripada kerajaan nak membeli rumah.
10:30Kalau kita tidak ada bantuan-bantuan ini,
10:33kita terpaksa keluar 11,250 itu.
10:35Jadi, itu adalah sangat membantu sebenarnya.
10:38Penting untuk kita bincangkan apa insentif bantuan dalam Belanjawan 2027 ini.
10:42Kerana setiap usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam Belanjawan ini
10:47adalah penting untuk memastikan senang atau cepat untuk kita memiliki sesebuah rumah itu.
10:52Dan apabila kita bercakap mengenai kepentingan untuk memiliki sebuah ataupun akses kepada rumah pertama itu,
10:59kita sebelum ini, banyak insentif setiap tahun ini banyak beri fokus kepada B40 terutamanya.
11:04Tetapi, kita banyak kadang-kadang ataupun tertinggal melalui golongan M40 yang mengakui semakin hari,
11:11semakin sukar untuk mereka memiliki rumah di kawasan bandar itu.
11:16Jadi, adakah belanjawan pada kali ini turut memberi fokus kepada golongan sandwich ini terutamanya?
11:21Antara kumpulan yang banyak tak layak untuk dapat bantuan,
11:27tetapi mereka antara golongan yang banyak yang tak mampu untuk memiliki rumah pertama mereka ini.
11:33Okay. Kisahnya, saya baru buat satu program dengan MTA, Malaysian Takaful Association.
11:39Dan mereka juga dah buat kajian yang mendapati BM40.
11:44Maksudnya, B40 yang 20% ke atas dan M40 20% yang ke bawah.
11:51Ini satu kumpulan yang perlu ada satu inisiatif khas, terutama kepada M40 yang 20% M40 yang di bawah itu.
12:02Kerana mereka ini tidaklah dalam golongan B40 yang boleh dapat bantuan-bantuan B40,
12:08tetapi mereka berdepan dengan cabaran hidup yang besar.
12:13Jadi, bagaimana nak membantu M40 ini, yang terutamanya di bahagian bawah ini,
12:19untuk mendapat membeli rumah ini, ini kerana mereka tak layak untuk mendapat rumah-rumah contoh PRR.
12:25Kerana, bayangkan, saya tidak lepas syarat untuk membeli rumah bantuan rakyat di negeri-negeri.
12:34Bukan kerana gaji kita ini sikit, tapi kerana gaji kita ini lebih.
12:39Dan itu sepatutnya menjadi satu benda yang kita raikan.
12:42Gaji kita melangkawi daripada syarat untuk mendapat rumah-rumah bantuan negeri-negeri ini.
12:48Tapi, dah jadi satu masalah kerana tiap dibantu.
12:50Jadi, itu sebabnya, pengecualian cukai, sorry, pengecualian duty stamp, pelepasan cukai itu,
12:58sangat-sangat membantu kumpulan M40 ini yang perlu membayar cukai.
13:02Dan, segala inisiatif untuk mengurangkan kos sehara hidup dan beban rakyat menanggung harga barang yang sentiasa meningkat itu,
13:14itu akan membantu kumpulan ini, Nina.
13:18Dan, saya fikir, kerajaan juga, dalam pengumuman yang diumumkan sebelum ini,
13:27pra-belanjawan.
13:29Saya sebenarnya suka bila kerajaan ada buat pra-belanjawan, pengumuman pra-belanjawan,
13:34kerana dia memberikan gambaran kepada apa yang bakal diumumkan.
13:39Dan, salah satu benda yang saya lihat, ialah tentang perkataan rumah yang daya huni.
13:46Nak membantu rakyat dari sudut itu, maksudnya tidaklah hanya menceritakan hartanah itu dari sudut pandangan kemampuan rakyat,
13:54tetapi rumah itu bukan sahaja murah dan mampu dimiliki rakyat,
13:58tapi dia mesti berdaya huni.
14:00Dan, semua itu adalah mungkin berita baik khusus kepada bukan sahaja B40 dan juga M40.
14:06Penting untuk kita mengerti aspek ini.
14:08Ia satu perkara yang kompleks, tetapi setiap pihak layak untuk kita lihat apa keperluannya.
14:16Mungkin sebelum kita tinggal lima minit, bahki perbincangan kita ini.
14:20Tapi, mungkin jika datuk diberi peluang,
14:23mencadangkan hanya satu inisiatif utama kepada kerajaan dalam belanjawan 2027
14:28untuk menyelesaikan isu pemilik rumah untuk generasi yang akan datang,
14:31terutamanya mengambil kira keadaan kos sari hidup ketika itu
14:34dengan pelbagai lagi aspek yang akan berpengaruhi pemilik rumah mereka.
14:38Apa langkah yang paling berimpak?
14:40Adakah mungkin saya beliskan sedikitlah supaya datuk tak search subsidi deposit ke,
14:46reformasi pinjaman perumahan, kembalikan HOC,
14:49ataupun wujudkan HOC yang baru,
14:52pemindahan rumah-pemilik ataupun kawalan harga rumah itu.
14:55Mana satu?
14:55Okey, dilaporkan HOC atau kempen pemilik rumah ini ada kesan positif.
15:01Tapi, saya faham kerajaan tidak mahu dilihat sebagai
15:06hanya memihak kepada pihak pemaju dan industri hartanah.
15:10Kerana kempen pemilik rumah ini mungkin dilihat lebih kepada membantu
15:15pemaju sahaja.
15:16Nak menjual rumah dan menjual semua hartanah-hartanah yang tak terjual ini.
15:22So, mungkin kerajaan akan berhati-hati dari sudut itu.
15:27Akses kepada pembiayaan, memang kerajaan dah fokus sebagai step-up financing sebelum ini
15:32yang dah diumumkan dan juga SJKP, akses kepada pembiayaan.
15:35Tapi Nina dah sebut apa yang saya dah berfikir dalam otak saya tentang bantuan deposit.
15:41Saya tahu, terutamanya di internet dan media sosial, ada dua pihak yang sangat-sangat bertentangan.
15:50Satu yang kata, bagus ada bantuan deposit ini dan satu lagi kata, jangan.
15:55Kerana ini akan menyebabkan anak-anak muda dan pembeli rumah pertama ini sangat bergantung
16:00dan tidak berdikari, tidak membina kekuatan kewangan.
16:03Saya berpandangan, sangat baik sekiranya kerajaan bolehlah peruntukkan dana untuk membantu pembeli rumah pertama
16:15menyediakan deposit.
16:17Saya tahu pandangan yang mengecam atau yang tidak setuju dengan pandangan ini
16:24Tetapi saya rasa anak-anak muda ini perlu dibantu.
16:28Kerana, bila saya ingat kembali, 23 tahun yang lepas, masa saya beli rumah pertama Nina
16:34Saya ni Gen X, maknanya mak ayah saya ni baby boomer
16:37Nak beli rumah pertama di Ceras tu, seratus lebih ribu ringgit
16:40Saya terpaksa meminjam 13 ribu ke, something like that lah, belas ribu
16:45daripada mak nak beli rumah pertama
16:47Jadi, mak saya pun tidaklah kaya raya
16:50Tetapi dia, ialah zaman mak-mak kita ni dia suka menyimpan
16:54Dan belialah menjadi penyedia kepada skim bantuan deposit untuk saya
17:01Jadi, kalau untuk rakyat yang biasa, mungkin mereka tidak ada mak ayah yang boleh membantu
17:08Bela-bela ribu itu, puluh puluh ribu
17:10Dan kalau nak membeli rumah, tiga ratus ribu
17:12Nak kena siapkan sepuluh peratus deposit
17:14Tiga puluh ribu deposit cash itu satu jumlah yang sangat-sangat sukar untuk anak-anak muda kumpul sekarang
17:21Mungkin, mungkin boleh jadi anak muda ada BNPL tiga puluh ribu
17:26Ya
17:27Nak ada tiga puluh ribu cash, wang tunai untuk deposit, tak ada
17:31Jadi, bantuan-bantuan seperti pengecualian, duty stamp dan sebagainya
17:36Dah membantu kita kerana nak mengeluarkan lagi 5% untuk kos transaksi
17:41Sebagai contoh, duty stamp dan kos guaman itu pun satu beban yang besar untuk rakyat
17:45Jadi, kalaulah satu wish list lah, bolehlah difikirkan
17:49Tapi ini memerlukan satu dana yang besar
17:51Dan saya fikirkan, maybe sebagai rakyat
17:54Sebagai kerajaan, kerajaan akan mungkin fokuskan kepada nak membina rumah-rumah PRR ni juga
18:00Kerana rumah-rumah PRR ni, sebagai contoh apa yang dah pernah diumumkan
18:05Diumumkan di contoh Negeri Sembilan
18:07Rumah-rumah teras satu tingkat, lebih kurang 700-800 square feet
18:13Peruntukannya, tak silap saya, 20 juta untuk 100 rumah
18:18Bermaksud kita dah tahu, satu rumah tu 200 ribu
18:22Untuk dapat rumah teras, 750 square feet
18:26Cukuplah, I mean, ada yang akan kata tak cukup besar
18:29Tapi cukup untuk memulakan hidup
18:31Dan duit 20 juta ni, lebih baiklah dia pergi kepada membina rumah
18:36Rumah-rumah untuk rakyat ini
18:38Tapi ada juga yang kecam
18:39Saya kena memohon, saya dah mohon tak pernah-pernah dapat
18:43Dan mungkin yang memohon tu, 10 orang
18:46Untuk satu sahaja unit
18:48So, kita boleh bayang, dia macam oversubscribe
18:50Dia lebih ramai rakyat yang nak memohon
18:52Tapi bayangkan ya Nina
18:53Rumah-rumah sebegitu, dia adalah rent then own
18:58Skim sewa dulu sebelum beli
19:00Dan bayangkan, pembeli-pembeli rumah ini
19:03Dia boleh sewa dulu rumah-rumah teras satu tingkat
19:06Dan akhirnya dia boleh memiliki
19:08Jadi, mungkin idea untuk menyediakan pembiayaan deposit itu
19:12Tidak perlu
19:13Kerana kerajaan nak fokuskan membina rumah
19:15Lebih banyak, lebih banyak rumah
19:17Supaya mereka boleh rent then own
19:19Saya rasa ini satu
19:22Satu solusi pemilikan yang baik
19:24Tidak hanya direct ownership
19:27Tetapi rent then own
19:28Yang kerajaan dah umumkan juga
19:29Pada tahun 2026 ni
19:31Ya
19:32Baik, saya suka juga poin
19:33Pasal generasi muda tu
19:34Sebab kita tahu
19:35Pemilikan rumah
19:36Sekarang bercakap mengenai
19:38Ikut realiti keadaan semasa
19:40Semakin berubah
19:40Tentu mungkin kita banyak perlu melihat
19:43Apakah antara pendekatan dasar baru
19:45Yang boleh dilaksanakan
19:46Seperti yang telah dikongsikan
19:47Oleh Dato' tadi
19:48Tapi cabarannya
19:50Untuk belanja waktu kali ini
19:51Adalah paling penting
19:52Bagaimana ia dapat merapatkan jurang
19:54Antara harga rumah
19:55Pendapatan juga dengan akses kepada pembiayaan
19:57Kerana harga ataupun rumah mampu milik ni
19:59Hanya bermakna
20:01Jika ia benar-benar dapat dimiliki
20:02Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada
20:04Dato' Ayah Ishak
20:06Pengasas Pejuang Komuniti Haritana
20:07Sudah tentu
20:08Sebulan sahaja lagi
20:09Tapi kita akan bawakan
20:11Pelbagai perbincangan
20:12Sepanjang tempoh itu
20:14Dan semua jumpa Dato' pada minggu hadapan
20:16Terima kasih Dato'
Comments

Recommended