Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kain sarung menjadi simbol identiti dan kebersamaan masyarakat Malaysia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 yang kembali untuk edisi ketiga pada 19 September ini di KLCC, menghimpunkan 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa dengan JETOUR sebagai penaja utama, selain menampilkan larian 5 kilometer, persembahan muzik, aktiviti budaya serta program keluarga yang meraikan warisan dan kreativiti tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kain sarung yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia kini dibawa ke tengah kota menerusi Malaysia Sarung Music Run 2026 yang
00:08kembali untuk edisi ketiga pada 19 September ini.
00:11Acara berkonsepkan budaya dan sukan itu bakal menghimpungkan 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa di Kuala Lumpur City Center atau
00:19KLCC disamping menawarkan pelbagai aktiviti untuk komuniti dan keluarga.
00:26Pengasas Malaysia Sarung Music Run Edi Kasmadi berkata edisi ketiga turut diperluas dengan penambahan lokasi dan pengisian baru susulan peningkatan
00:35penyertaan.
00:36Tahun lepas kita ada kibaran medera sepanjang 1 kilo, tahun ini kita tambah lagi 1 kilo dan jumlah kuih yang
00:43tahun lepas kita 30 kerana peningkatan peserta itu meningkat maknanya ada 50,000 dan juga kali ini banyak tempat-tempat
00:53yang kita
00:53double-double-double dia punya persembahan.
00:56Bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sri Fadlon Mak Wujud, gabungan elemen kebudayaan dan sukan itu menjadikan acara berkenaan berbeza
01:04di samping menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti riada.
01:09Saya jangkakan kemerihan akan kita nampak nanti kerana larian ini dia berbeza, saya nampak dia ada mixture antara kebudayaan dan
01:20juga aktiviti sukan.
01:21So memang kita menggalakkan untuk warga kota terlibat dalam semua aktiviti-aktiviti riada yang berbentuk larian dan juga apa saja
01:30bentuk sukan untuk kita lahirkan warga kota yang lebih menjaga kesihatan dan juga yang lebih cergas.
01:36Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Malaysia Sarung Music Run 2026 di Ibu Kota pada Selasa.
01:44Menerusi acara itu, peserta akan menggayakan kain sarung sepanjang larian 5km sambil menikmati persembahan muzik, aktiviti kebudayaan dan pelbagai pengisian
01:54interaktif untuk seisi keluarga.
01:56Perlepasan rasmi di jadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim.
02:01Dalam masa sama, Jetua sebagai penaja utama turut memperkasa kerjasama sektor korporat dalam program berasaskan komuniti dengan konvoi 100 kenderaan
02:10Jetua T1 dan T2 diadakan sempena pelancaran.
02:14Seiring aspirasi tahun melawat Malaysia, acara ini turut berupaya memperkenalkan kepelbagaian tradisi dan keramahan rakyat Malaysia kepada pelawat tempatan dan
02:23antarabangsa.
02:24Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended