00:00Angkatan Harapan menegaskan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Madani dalam memerangi rasuah, ketidisan dan salah guna kuasa.
00:07Menurut satu kekhidmatan, Majlis Setiausaha PH berkata, gabungan itu turut menjunjung titah yang di-Pertuan Agong supaya setiap kes disiasat
00:14secara menyeluruh tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
00:22Menurut PH, perjuangan reformasi institusi ini merupakan antara prinsip asas yang menjadi teras perjuangan gabungan itu sejak penubuhannya.
00:31PH turut menegaskan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, perlu
00:38menjalani sepenuhnya hukuman yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
00:42Menurut PH, Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan perlu terus memperkukuh tata kelola dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
00:51Sehubungan itu, sebarang keputusan membabitkan kes berprofil tinggi perlu mengambil kira kepercayaan masyarakat terhadap kesungguhan negara dalam melaksanakan agenda reformasi
01:00serta memerangi rasuah.
01:02PH turut mengingatkan bahawa beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini telah memberi kesan besar terhadap reputasi Malaysia di peringkat
01:10antarabangsa.
01:10Pakatan itu menegaskan akan terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan, menghormati institusi negara serta kekal mempertahankan prinsip reformasi, kedaulatan undang-undang dan
01:20perjuangan membantras rasuah.
Comments