00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menyita 37 kenderaan yang dikesan melakukan pengubahsuaian ekstrim menerusi Ops Ekstrim yang dijalankan di sekitar Ibu
00:08Negara.
00:09Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Eddie Fadli Ramli, kenderaan yang disita tidak akan dilepaskan sehingga pemilik mengembalikannya kepada spesifikasi asal
00:17dan menyelesaikan tindakan undang-undang.
00:22Antara lain operasi itu menumpukan kepada kenderaan yang diubahsuai secara melampau sehingga boleh mengancam keselamatan dan mengganggu ketenteraan awam.
00:31Operasi yang dijalankan dari jam 1 hingga 5 pagi itu melibatkan 156 kenderaan. Daripada jumlah itu, 97 kenderaan diambil tindakan
00:40atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian ekstrim.
00:43Eddie Fadli berkata terdapat pemilik yang membelanjakan sehingga RM150,000 bagi mengubahsuai kenderaan termasuk memasang eksos yang mengeluarkan api.
00:53Beliau menegaskan jalan raya bukan tempat untuk mempertontonkan pengubahsuaian yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
01:01Sebanyak 485 notis dikeluarkan dengan kesalahan tertinggi melibatkan nombor pendaftaran tidak mematuhi spesifikasi.
01:08Kesalahan lain termasuk eksos, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada insurans dan cermin gelap.
01:15JPJ memaklumkan Ops Extreme akan diperluaskan ke seluruh negara bagi menangani aktiviti pengubahsuaian melampau yang semakin menular.
Comments