00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam serangan rentas sepadan kumpulan Houthi ke atas selatan Arab Saudi.
00:06Menurut jurucakapnya, Stefan Dujaric, serangan itu menyejaskan infrastruktur awam dan kemudahan tenaga,
00:12selain mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam.
00:18PBB menyeru semua pihak supaya menunjukkan sikap menahan diri dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membawa kepada peningkatan konflik.
00:25Dujaric berkata lebih 5,600 isi rumah telah kehilangan tempat tinggal di wilayah Ta'is dan selatan Al-Hodidah sejak
00:33pertempuran memuncak pada 3 September lalu.
00:35Di wilayah Marib, serangan berdialan pada hujung minggu dilaporkan terkena kawasan penempatan sementara penduduk yang dipindahkan.
00:43Insiden itu mengorbankan dua kanak-kanak dan mencederakan 15 individu,
00:47selain memusnahkan beberapa tempat perlindungan sehingga memaksa keluarga terlibat bermalam di kawasan terbuka.
00:52Agensi bantuan kemerusahaan setakat ini berjaya menyalurkan bantuan kecemasan kepada 2,340 isi rumah,
00:59namun akses ke kawasan terjejas masih berdepan pelbagai cabaran keselamatan.
01:04Dalam masa sama, Dujaric merayu supaya masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan tambahan bagi menyokong operasi kemerusahaan di Yaman.
01:12Katanya sekurang-kurangnya $10 juta diperlukan bagi membiayai operasi tindak balas segera termasuk penyediaan tempat perlindungan dan keperluan asas kepada
01:22mangsa.
01:22Menurut PBB, pelan bantuan kemerusahaan bernilai $2.2 bilion Amerika untuk Yaman,
01:28kini hanya menerima sekitar 20% daripada jumlah pembiayaan yang diperlukan.
Comments