Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Amerika Syarikat mengenakan sekatan baharu ke atas 27 syarikat penerbangan Iran dalam langkah terbaharu yang menyasarkan sektor pengangkutan udara negara itu.

Sekatan tersebut dijangka memberi kesan kepada operasi penerbangan, tempahan tiket dan hubungan perniagaan antarabangsa syarikat terlibat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat mengumumkan sekatan baharu ke atas 27 syarikat penerbangan Iran sebagai sebahagian daripada tekanan berterusan terhadap Tehran.
00:08Langkah itu diumumkan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat dengan menyasarkan beberapa syarikat penerbangan milik kerajaan dan swasta.
00:18Antara syarikat yang dikenakan sekatan ialah Kish Airlines, Iran Air Tour dan Atta Airlines.
00:24Beberapa syarikat penerbangan utama Iran termasuk Mahan Air dan Iran Air juga sebelum ini telah dikenakan tindakan yang sama.
00:32Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat, sekatan itu akan memperluas tekanan terhadap industri penerbangan Iran dan melibatkan sebahagian besar sektor pengangkutan
00:40udara negara tersebut.
00:42Washington turut memberi amaran bahawa syarikat dan institusi kewangan luar negara boleh berdepan tindakan sekiranya meneruskan urusan dengan syarikat penerbangan
00:50yang dikenakan sekatan.
00:52Langkah itu dijangka menjejaskan aktiviti tempahan tiket dan pembayaran antarabangsa sekaligus menyukarkan penumpang mendapatkan akses kepada penerbangan ke Iran.
01:01Sejak konflik memuncak pada Februari lalu, sebahagian besar syarikat penerbangan antarabangsa telah mengelakkan operasi ke Iran meninggalkan syarikat penerbangan tempatan
01:11sebagai pilihan utama penumpang.
Comments

Recommended