00:00Garis panduan yang jelas perlu diwujudkan bagi memastikan pembelajaran murid dapat diteruskan jika ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak
00:10ke sekolah atas faktor kesihatan dan keselamatan ketika berlaku bencana.
00:15Fellow bersekutu Minda Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Dr. Anwar Ahmad berkata perkara itu penting bagi memastikan guru mempunyai panduan yang
00:25seragam untuk menguruskan pembelajaran murid yang hadir dan tidak hadir ke sekolah.
00:33Menurutnya guru perlu meneruskan pengajaran secara bersemuka kepada murid yang hadir pada masa sama memastikan murid tidak hadir tetap mendapat
00:41akses kepada pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah BDPR.
00:47Sebab pada saya bila ada satu pelan tindakan yang dikongsi bersama oleh semua pihak maka semua pihak akan mengambil maklum
00:54dan bergerak dalam satu arah yang sama.
00:57Yang keduanya adalah guru-guru. Latihan kepada guru-guru dalam persekitaran bencana mesti kita berikan.
01:05Ini mungkin pengalaman baru kepada banyak guru. Mungkin pada satu masa dulu guru-guru yang bertugas di pantai timur biasa
01:12dengan banjir.
01:14Tetapi hari ini semua guru, bukan hanya guru yang bertugas di pantai timur, semua guru di seluruh Malaysia, Sabah dan
01:20Sarawak mesti mempunyai keupayaan untuk bersedia dengan kereklam yang lebih
01:26boleh diubah sesuai dengan keperluan mereka di tempat masing-masing.
01:31Dalam pada itu, Anwar berkata kelonggaran kepada ibu bapa untuk menentukan sama ada menghantar anak ke sekolah ketika berlaku bencana
01:38dapat mengurangkan kebimbangan mereka.
01:42Bagaimanapun katanya, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab dalam membuat keputusan terutama jika anak mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Comments