Skip to playerSkip to main content
Penasihat Kanan Pembangunan Lestari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), Dr. Hezri Adnan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim Negara tidak mencerminkan keutamaan yang sewajarnya ditumpukan oleh Malaysia untuk menangani kesan perubahan iklim. Jelasnya, RUU lebih tertumpu kepada aspek mitigasi, sedangkan negara lebih memerlukan langkah adaptasi kepada perubahan iklim. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tadi Dr. Hazri menyebut tentang keperluan dasar yang lebih holistik, yang lebih drastik untuk menangani krisis iklim ini.
00:06Apa pentingnya untuk Malaysia menunjukkan kerangka dasar? Kita lihat sudah ada dalam bentuk RUU Akta Perubahan Iklim.
00:13Pandangan Dr. Hazri, adakah ini mencukupi sekadar RUU atau apa mungkin yang Dr. Hazri ingin lihat dalam RUU ini?
00:21RUU memang telah lama dinantikan. Kita mungkin sedikit ke belakang kalau dibandingkan beberapa negara lain.
00:29Contohnya, Climate Change Act ini telah dilancarkan oleh United Kingdom seawal-awal tahun 2000-an.
00:37Jadi kita mengambil sedikit masa. Tetapi yang harus kita beri pendekanan yang seimbang adalah pendekatan kita dalam menangani mitigation dan
00:47juga adaptation.
00:48Mitigasi atau pengurangan pelepasan gas carbon dioxide ataupun greenhouse gas dan juga siap-siadaan kita
00:57untuk menangani impak perubahan iklim itu. Contohnya, tadi Yin ada sebut tentang ekstrem event hujan.
01:06Sekarang kita bercakap pasal water bomb datang secara mendadak dengan jumlah yang sangat besar dan infrastruktur kita dapat menangani.
01:13yang berlaku dalam Climate Change Act kita ini, kandungannya lebih berat kepada mitigation.
01:20Maksudnya bagaimana kita mengurangkan pelepasan gas greenhouse tadi.
01:26Padahal sumbangan kita kepada dunia hanyalah 0.8% kepada pelepasan dunia.
01:32Tetapi pada masa yang sama, masyarakat, seluruh rakyat Malaysia sudah mula berdepan dengan impak Climate Change.
01:40Jadi ada ketidakseimbangan itu di dalam penekanan kita kepada menangani isu perubahan iklim.
01:47Dan saya difahamkan kerajaan sekarang dalam proses memperhalusi National Adaptation Plan ataupun Plan Adaptasi Negara.
01:56Itu pun sedikit terlewat kita berbanding beberapa negara lain.
01:59Dari segi pandangan kami, kami rasa untuk adaptation, penyesuaian, rang undang-undang ini sepatutnya menetapkan tanggungjawab agensi yang bertanggungjawab ke
02:09atas climate adaptation.
02:11Dan juga mewujudkan satu sumber kewangan khas untuk penyesuaian dan pemantauan.
02:16Untuk mitigasi, kami rasa ia harus menetapkan had dalaman dan sektora untuk pengurangan pelepasan gas.
02:25Yang penting untuk mengurangkan risiko melebihi sasaran 1.5 darjah Celcius.
02:30Tapi sebenarnya, walaubagaimanapun, yang kami risau ialah proses ini sekarang, memang kandungan rang undang-undang ini tidak mencukupi.
02:39Sebagai contoh, kami menganggarkan berdasarkan kajian kami awal tahun ini, kami mendapati bahawa baki belanjawan karbon, fair share karbon bajet
02:53Malaysia sejajar dengan 1.5 darjah Celcius.
02:56Iaitu jumlah karbon yang sepatutnya dibenarkan oleh Malaysia untuk dipancarkan, memandangkan sumbangan sejarah kepada perubahan iklim, memang telah pun habis.
03:08Karbon bajet kami memang telah habis.
03:10Jadi, bagaimanapun, sasaran iklim Malaysia sekarang tidak sejajar dengan ini dan sebaliknya akan membenarkan berjuta-juta tan karbon dilepaskan kepada
03:21atmosfer dan memburukkan lagi kesan perubahan iklim.
03:27Jadi, cadangan kami berdasarkan kepada kajian dan anggaran tersebut, termasuk penetapan bajet karbon kebangsaan pada masa yang sama, hentikan kebergantungan
03:41kepada bahan api fosil, pelindungan singki karbon yang sedia ada, termasuk hutan, ekosistem yang masih sedia ada.
Comments

Recommended