Skip to playerSkip to main content
Pengurus Program RimbaWatch, Koong Hui Yein berkata Malaysia mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani kesan perubahan iklim. Namun, beliau berpandangan sumber tersebut telah disalurkan dan diperuntukkan dalam bidang yang tidak sewajarnya. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peranan Amerika Syarikat yang dimainkan ketika ini, tindakannya untuk berundur daripada perjanjian Paris itu, bagaimana ini memberi impak kepada pembiayaan
00:09soal financing untuk negara-negara pertengahan, negara-negara berpendapatan rendah, low income, middle income nation, LMIC ini untuk beradaptasi kepada
00:18perubahan iklim?
00:19Pandangan kami Malaysia ini sebenarnya dia mampu menangani risiko perubahan iklim. Sebenarnya sumber yang sepatutnya diletakkan untuk menangani isu-isu
00:33perubahan iklim ini sekarang terletak dalam bidang yang salah.
00:37Sebenarnya kami mampu dan boleh. Cuma adakah kami ada daya dan political will untuk buat itu. Sebab memang negara ini,
00:48Malaysia ini memang bless dengan banyak ekosistem yang bagus.
00:54dan juga kami berhubung dengan sumber-sumber alam yang sangat kaya dengan sumber alam. Jadi, kalau kita tidak mengutamakan kelestarian
01:08dan mengutamakan menangani perubahan iklim, kami memang akan terperangkap dalam ideologi kami developing nation.
01:19I think kami dah lepas. Sebab dalam OECD list itu, kami tidak lagi dalam list senarai developing nation lagi. Jadi,
01:31Malaysia kena meneliti lagi adakah kami nak atau tak nak menangani isu perubahan iklim ini sahaja.
01:38Dr. Hazri setuju adakah ini hanya sekadar soal nak atau tak, political will atau tak dan adakah kita sebenarnya mampu
01:45untuk menjalankan proses adaptasi iklim ini.
01:49tanpa perlu menyalahkan negara-negara maju untuk turut bantu dari segi pembiayaan.
01:54Saya rasa kita tidak ada pilihan, kita tidak ada keistimewaan untuk berfikir secara itu lagi. Sebenarnya kalau kita lihat pergerakan
02:01-pergerakan di sebelah financial industry kita, di capital market, telah mula ada kesedaran bahawa
02:08bahawa kita perlukan sumber keuangan untuk membiayai contohnya nature-based solution ya, penanaman semula, mangrove contohnya, telah mula ada pergerakan
02:18-pergerakan ke arah itu, tetapi masih belum ada kes-kes yang dapat diketengahkan lagi.
02:24masih dalam proses pencarian. Saya rasa bergerak ke hadapan, kita memang perlu mengepalai, saya rasa di peringkat dengan negara membangun,
02:34usaha-usaha untuk mencari sumber-sumber baru untuk menangani
02:39climate adaptation ataupun adaptasi terhadap perubahan iklim. Dan kita juga perlu melihat sentiasa ada peluang daripada krisis, there's always crisis
02:49from opportunities.
02:51Contohnya, kita berhadapan dengan isu banjir atau banjir kilat yang lebih parah. Tetapi pada masa yang sama, kalau kita lihat
03:00di dalam industri kita, kita punya jurutera-jurutera yang bagus, jurutera air, jurutera-jurutera
03:07civil yang baik, kita juga punya kesedaran terhadap AI yang baik di peringkat negara, kalaulah kita boleh gabungkan ke semua
03:18kepakaran-kepakaran, kejuteraan, teknologi, social impact dalam mencari penyelesaian-penyelesaian baru.
03:27dan kita boleh memikirkan bahawa mungkin banjir itu boleh menjadi satu industri baru untuk negara. Kalau kita boleh menangani isu
03:36-isu banjir secara holistik,
03:39kita boleh pasarkan teknologi-teknologi kita ke puluh-puluh negara di dalam tropik, negara-negara tropika di seluruh dunia.
03:47Terima kasih.
03:48Terima kasih.
Comments

Recommended